KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR OGOS 2008 PPA PERLOK, JERANTUT PAHANG
Friday, 9 October 2020
NOTA KURSUS : 4
PENGELUARAN BENIH SECARA KOVENSIONAL
Menternak LAT dengan suatu kaedah bersistem bagi mendapatkan bekalan anak benih secara konsisten.
Mampu menghasilkan benih yang berkualiti bersesuai dengan keperluan kolam ternakan.
Dibekalkan dalam keadaan hidup dalam pelbagai saiz/umur.
Thursday, 8 October 2020
NOTA KURSUS : 3
KONSEP / JENIS TERNAKAN LAT
TERNAKAN MICROSesuai untuk mereka yang baru menceburi bidang ternakan LAT.Kaedah ternakan yang ringkas, mudah dan tertutup.Modal yang rendah dan mudah dipelajari.Set ternakan yang sesuai untuk belajar memahirkan diri dalam teknik rawatan air dan penjagaan ternakan.Mampu menghasilkan LAT untuk tujuan hiasan dan penghasilan anak benih namun terhad pada jumlah dan saiz ukuran.
PERMASALAHAN DALAM SISTEM MICRO
Kawasan ternakan yang terhad
Sukar menghasilkan benih atau LAT secara konsisten
Tempoh masa ternakan yang panjang
Kos operasi yang tinggi dan sukar untuk mendapat pulangan
CADANGAN BENTUK PERNIAGAAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Menghasilkan dan membekal benih/rega namun terhad dibawah saiz 2 inci
Membekalkan anak benih LAT untuk tujuan Hiasan/Akuarium
bersambung.....
Sunday, 20 September 2020
NOTA KURSUS : 2
Pemilihan Sistem Ternakan
Penggunaan kolam tanah, tangki fiber, tangki plastik PE/HDPE atau kolam simen semuanya sesuai untuk ternakan LAT.
Lokasi tempat ternakan mestilah sesuai dengan tujuan penternakan samaada ternakan untuk komersial, hiasan atau penghasilan anak benih.
Penggunaan sistem ternakan secara tangki, memerlukan perhatian lebih kepada kawalan mutu air.
Ternakan di kolam tanah pula memerlukan perhatian lebih kepada kadar DO.
Suhu dan mutu Air yang baik dapat menjamin kesihatan dan pembesaran LAT ke tahap optimum.
Sistem Rak/Kabinet
Hatcheri B. mula didirikan pada tahun 2010 dengan saiz ukuran 20 kaki x 60 kaki, menggunakan kaedah konsep Hatcheri Tertutup berbeza dengan Hatcheri A yang berkonsep Separa Tertutup.
Pada masa kini (tahun 2020). 5 buah hatcheri telah terbina yang mana 2 buah untuk pembenihan LAT, 1 buah untuk proses Kurentin dan 2 buah lagi untuk proses pembelajaran para pelajar praktikal.

















