LANGKAH PERTAMA
1.
Sebelum memulakan apa-apa kerja, pastikan tujuan
penternakan untuk apa. Adakah untuk penghasilan dan penjualan anak benih atau
memasarkan udang dengan saiz untuk makan. Perkara ini penting kerana penyediaan
dan jumlah tangki mestilah mencukupi di samping itu permintaan pasaran dan juga
saiz pasaran hendaklah dan telah dikaji. Ini semua bertujuan mengelakkan
pembaziran masa, wang dan tenaga.
2.
Setelah diputuskan tujuan ternakan. Langkah awal
sebelum mengasuh benih atau induk, penyediaan makanan hidup bagi keperluan LAT disediakan terlebih dahulu.
3.
Makanan semula jadi ini terdiri dari pelbagai
jenis dan bentuk, antaranya adalah seperti ikan Guppy, Cacing Sutera (cacing
darah/tubefex worm), ulat sayur, cacing tanah dan lain lain lagi. terpulang kepada pengusaha
untuk menyediakannya. Tapi bagi syarikat kami, penggunaan Cacing Sutera adalah
yang terbaik dan diselang seli dengan sumber protein lain.
( Cacing Sutera liar yang boleh
di dapati di sungai )
4.
Selain sumber makanan yang disebut di atas,
penyediaan tanaman air dari jenis submersum dan makroskopik juga penting,
tumbuhan ini bertindak sebagai makanan sampingan dan sumber kelangsungan hidup
bagi LAT, malah tananam air dari
jenis makroskopik amat penting dalam aspek penjagaan dan asuhan anak benih Crayfish.
5.
Penyediaan makanan semulajadi ini mesti
disediakan sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh ternak LAT dilakukan, dan pastikan juga bekalan makanan ini bebas dari
sebarang jangkitan bacteria, maka rawatan menggunakan air kunyit, air bawang
putih atau EMAS perlu dilakukan
sekurang-kurangnya sekali sebulan.
6.
Seelok eloknya elak kan memberi Moina dan
Daphnia atau ternakan dari jenis zooplankton kepada LAT. Kerana ini memungkinkan serangan kutu atau hama ke atas LAT. Hama ini biasanya menyerang LAT dewasa dan melekat di bahagian
abdomen atau di pangkal kaki belakang, jika dibiarkan ianya akan menyerang
saluran pernafasan dan akan mengakibatkan kematian. Kaedah terbaik adalah
dengan mengasingkan LAT yang
diserang hama dan buang paresit berkenaan secara manual, tiada ubat khusus bagi
serangan jenis ini buat masa sekarang.
7.
Sumber makanan buatan pula kebiasaanya dari
jenis pallet tenggelam atau dari jenis fish meal yang mengandungi kadar protein
sekurang kurangnya 40%.
8.
Selain itu, sisa sayuran dan buah buahan juga boleh
dijadikan sumber makanan sampingan, antara jenis sayur buah yang terbaik adalah
ubi kentang.
No comments:
Post a Comment