Saturday 12 September 2015

Nota Kaki:

Merujuk pada nota yang telah di paparkan awal minggu lalu berkaitan kaedah mencuci tangki dengan menggunakan batang pisang, disini saya hendak perjelaskan dengan lebih lanjut.

Untuk makluman semua, jumlah berapa banyak batang pisang dan tempoh rendaman AMAT lah bergantung kepada saiz tangki dan kapasiti air yang ditakungnya. kebiasaan bagi tangi bersaiz 4 kaki x 6 kaki cukup sekadar sebatang pisang yang bersaiz peha orang dewasa dan tempoh rendaman 5 hari.


RAWATAN TANGKI AIR MENGGUNAKAN BATANG PISANG

1: Tebang batang pisang yang berukuran peha lelaki orang dewasa.
2: Potong dalam ukuran sekaki sekaki batang pisang tersebut.
3: Isi air sepenuhnya dalam tangki dan masukkan kesemua batang pisang berkenaan.
4: Biarkan batang pisang itu berendam sekurang kurangnya 5-7 hari.
5: Selepas tempoh 5-7 hari buang batang pisang dan air tangki tersebut.
6: Taburkan garam di sekeliling dinding dan dasar tangki.
7: Bilas dan gosok rata rata keseleuruhan tangki tersebut, bilas sehingga bersih.
8: Jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
9: Tangki sedia untuk digunakan.

RAWATAN TANGKI AIR MENGGUNAKAN GARAM

1: Ikut Proses no.6 hingga no.9




Wednesday 9 September 2015

2. Tangki PE (plastik)



: Penggunaan pertama kali juga mesti direndam dengan batang pisang untuk sekurang           kurangnya 3 - 5 hari.

: Rekabentuk paip overflow mesti menggunakan kaedah pembuangan dasar.

: Kedalaman air juga sekitar 7 inci dengan suhu sekitar 26-28 darjah celcius.

: Apabila menggunakan tangki PE, satu perkara yang wajib dititik beratkan adalah lokasi 
  persekitaran, perlu maklum tangki PE amat mudah menyerap haba, maka jika diletakkan     di tempah yang mudah terkena pancaran matahari atau dibawah lindungan kanopi kanvas,   suhu air dalam tangki senang meningkat melebihi 28 darjah celcius. jika suhu melebihi 32     darjah celcius, risiko kematian adalah tinggi.

: Seeloknya tangki PE diletak susun diatas papan palet kayu bagi mengelakkan perubahan     suhu disiang dan malam hari, kerana perubahan suhu yang ketara akan membuatkan LAT   sterss dan mudah dijangkiti penyakit. Sifat tangki PE yang mudah terkesan dengan               perubahan suhu akan mempengaruhi suhu air di dalam tangki.


3. Pengudaraan

: Mana-mana sistem pengudaraan boleh digunapakai, namun satu langkah berhati hati          perlu diambil bagi mengelakkan LAT memanjat keluar menggunakan getah hos berkenaan.

: Seeloknya dalam setiap tangki perlu diletakkan sebarang objek yang timbul dipermukaan     air agar membolehkan LAT memanjat ke permukaan air apabila berlaku kekurangan             oksigen di dalam tangki.

: Dan menjadi tabiat LAT akan memanjat ke permukaan air untuk berjemur, jika LAT gagal     melakukannya kebarangkalian penyakit 'kelabu mata' akan menjangkiti LAT (hasil                 penelitian selama 3 tahun kami)


4. Perumahan

: Apa apa jua yang berongga boleh digunakan sebagai wadah perumahan LAT, tapi yang       paling mudah dan murah kosnya adalah batang paip pvc dan bata simen yang                       berongga/bunga.

: Saiz diameter paip pvc perlu lah sesuai dengan saiz LAT yang diasuh/ternak, jangan             menggunakan saiz yang sama dengan ukuran LAT kerana apabila LAT moulting, akan         menyebabkan ianya tersangkut di dalam paip berkenaan dan menyebabkan ianya mati.

:saiz yang dicadangkan sekitar 1inci @15mm untuk anak benih LAT dan 2-3 inci @ 25mm -  40mm untuk induk LAT.

: Jumlah paip pvc berkenaan mestilah melebihi dari jumlah LAT didalam tangki berkenaan.


5. Dasar Tangki dan Permukaan Air Tangki

: Sebagusnya di dasar tangki hendaklah dilapis dengan lapisan pasir/batu halus dan               tumbuhan air dari jenis Hydrilla dan di permukaan pula tumbuhan seperti kiambang atau       paling mudah kangkong atau sebarang tumbuhan permukaan air.






: Tujuan tumbuhan ini adalah sebagai makanan sampingan dan juga bertindak sebagai           agen pengawalan kualiti air tangki selain memberi keselesaan kepada LAT untuk naik           berjemur dipermukaan air.


: Sangkar HAPA adalah amat tidak sesuai sekali untuk digunapakai bagi ternakan LAT,           HAPA akan memudahkan LAT memanjat dan tersangkut semasa moulting.







































Tuesday 8 September 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama sudah tak update blog, masalah line internet di pendalaman Sabah ni dan juga handphone yang tak berapa nak 'smart' menyukarkan saya untuk menulis di blog. harap harap tahun ni dapat segera masalah tersebut di atasi, syukur tiang telekom dah sampai ke jalan masuk ke ladang, moga dapat segera guna perkhidmatan talian tetap tu nanti.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit sahaja perkara berkaitan dengan ternakan Lobster Air Tawar (LAT).  Artikel sebelum ini saya telah menyebut secara ringkas berkaitan kaedah penyediaan makanan sebelum ternakan bermula, maka pada hari ini kaedah penyediaan tangki atau kolam ternakan.

Sistem Ternakan: Kadar Kepadatan 1 kaki persegi x 1 kaki persegi untuk seekor

1- Tangki Simen : 
: Sebarang bentuk dan saiz tangki simen boleh digunakan namun kadar kepadatan yang       disebut diatas boleh di rendahkan lagi dengan beberapa syarat/teknik.

: Tangki untuk tujuan pemijahan, dengan nisbah 1:3, (1 jantan 3 betina) yang sesuai adalah 
  1 x 1 m/segi dengan kedalaman air setinggi 7 inci.

: Tangki asuhan untuk benih LAT bersaiz 1cm hingga 1 inci dengan kadar kepadatan 200-     500 ekor adalah bersaiz minimun 3 x 6 kaki, seeloknya setiap tangki dikhususkan untuk       benih dari induk yang sama, agar pengasingan baka induk lebih mudah dikendali.

: Setiap tangki mesti mempunyai sistem pengudaraan atau sistem overflow yang sempurna.   dan sistem overflow yang sesuai adalah yang sistem pembuangan dasar.




: Bagi tangki simen, seeloknya mesti di pasang jubin di pinggir tangki bagi mengelak LAT 
  memanjat keluar. dan sebarang hos atau paip yang masuk ke dalam tangki pastikan ianya   tidak memudahkan LAT memanjat.




: Sebagusnya tangki simen mahupun tangki plastik PE sebelum diguna harus direndam         dahulu dengan batang pisang selama 3-5 hari, bertujuan membuang toksin dan unsur           kimia yg terdapat didalamnya.



2- Bersambung....