PENTERNAKAN LAT
Perusahaan LAT terbahagi kepada 5 sektor :
1- Penghasilan anak benih
2- Ternakan udang hiasan
3- Ternakan secara komersial (sumber makanan)
4- Ternakan dan penghasilan induk (Brood Stock)
5- Penghasilan produk hiliran
PENYEDIAAN TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR
Sudahkah anda tahu?
Pasaran & Permintaan, Tujuan Ternakan, Modal, Sumber air, Bentuk muka bumi, Faktor iklim dan Kemudahan Asas.
Penting untuk dipelajari ! Gagal atau Berjaya
Faktor kawalan KUALITI AIR dan PEMAKANAN adalah kunci utama dalam penternakan LAT.
Lokasi ternakan hendaklah sesuai dengan sistem yang akan diadaptasikan serta mempunyai kemudahan keperluan asas.
Langkah Pertama…..
MODAL PERMULAAN
Tetapkan TUJUAN TERNAKAN.
- Kaedah ternakan seeloknya mampu berkembang ke peringkat yang lebih tinggi
Pemilihan lokasi (kesesuaian lokasi dengan tujuan ternakan)
- Mampu menampung saiz operasi yang akan berkembang
Pemilihan sistem ternakan sesuai dengan tujuan ternakan
Peralatan dan kelengkapan yang mudah diubahsuai dan fungsi pelbagaiguna
Penyediaan dokumentasi dan SOP ternakan (bagi memudahkan permohonan MyGAP / Permit)
Penyediaan makanan semulajadi
Penyediaan peralatan ternakan (susun atur kelengkapan)
Langkah Kedua…..
Pemilihan induk/benih
- saiz, umur, dan kualiti kesihatan
Nisbah induk jantan dan betina
- jika tujuan ternakan untuk pembenihan, faktor ini amat penting.
Tempoh dan kadar pusingan ternakan ditentukan.
- kemasukan induk/benih mengikuti tempoh masa yang ditentukan bagi menentukan bekalan tidak terputus.
Patuhi SOP ternakan yang telah digariskan.
..... Bersambung....
No comments:
Post a Comment