Sunday 20 September 2020

 NOTA KURSUS : 2

Pemilihan Sistem Ternakan

Penggunaan kolam tanah, tangki fiber, tangki plastik PE/HDPE atau kolam simen semuanya sesuai untuk ternakan LAT.

Lokasi tempat ternakan mestilah sesuai dengan tujuan penternakan samaada ternakan untuk komersial, hiasan atau penghasilan anak benih.

Penggunaan sistem ternakan secara tangki, memerlukan perhatian lebih kepada kawalan mutu air.

Ternakan di kolam tanah pula memerlukan perhatian lebih kepada kadar DO.

Suhu dan mutu Air yang baik dapat menjamin kesihatan dan pembesaran LAT ke tahap optimum.

Memastikan punca air adalah selamat dari sebarang aktiviti pertanian (pencemaran/keracunan).

Mengenal pasti waktu musim kemarau dan musim hujan di lokasi ternakan akan dijalankan.

Sistem ternakan mestilah boleh mengawal suhu air dan cahaya matahari supaya SUHU AIR di dalam tangki sentiasa stabil.

Terhindar dari binatang pemangsa dan gangguan persekitaran.

Kadar Ammonia akan meningkat jika suhu dan pH meningkat.

Jika pH naik satu unit, NH akan meningkat 10 kali ganda

PH tanah dan PH air mesti dalam kadar Alkali 

Kadar kemasinan mesti dibawah  3ppt.

Tangki PE





Tangki Kanvas






Tangki Simen





Sistem Rak/Kabinet





Sistem Aquaponik



Kolam Tanah





....bersambung....


Terjumpa gambar Hatcheri A lama (tahun 2008) yang ni baru aje di baikpulih selepas hatcheri asal punah di pukul ribut.


Gambar kursus Pembenihan Aruhan Ikan Keli, peserta dari Pertubuhan Peladang Tuaran. Gambar bertarikh 2009. Masa ni lokasi tapak kursus belum didirikan Hatcheri B. 



 Hatcheri B. mula didirikan pada tahun 2010 dengan saiz ukuran 20 kaki x 60 kaki,  menggunakan kaedah konsep Hatcheri Tertutup berbeza dengan Hatcheri A yang berkonsep Separa Tertutup.


Pada masa kini (tahun 2020). 5 buah hatcheri telah terbina yang mana 2 buah untuk pembenihan LAT, 1 buah untuk proses Kurentin dan 2 buah lagi untuk proses pembelajaran para pelajar praktikal.


NOTA KURSUS : 1

 PENTERNAKAN LAT

Perusahaan LAT  terbahagi kepada 5 sektor :

1- Penghasilan anak benih
2- Ternakan udang hiasan
3- Ternakan secara komersial (sumber makanan)
4- Ternakan dan penghasilan induk (Brood Stock) 
5- Penghasilan produk hiliran 


PENYEDIAAN TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR

       Sudahkah anda tahu?  

Pasaran & Permintaan, Tujuan Ternakan, Modal, Sumber air, Bentuk muka bumi, Faktor iklim dan  Kemudahan Asas.


     Penting untuk dipelajari ! Gagal atau Berjaya

Faktor kawalan KUALITI AIR dan PEMAKANAN adalah kunci utama dalam penternakan LAT.

Lokasi ternakan hendaklah sesuai dengan sistem yang akan diadaptasikan serta mempunyai kemudahan keperluan asas.


Langkah Pertama…..

MODAL PERMULAAN 

 Tetapkan TUJUAN TERNAKAN.
- Kaedah ternakan seeloknya mampu berkembang ke peringkat yang lebih tinggi

 Pemilihan lokasi (kesesuaian lokasi dengan tujuan ternakan)
- Mampu menampung saiz operasi yang akan berkembang

 Pemilihan sistem ternakan sesuai dengan tujuan ternakan
 Peralatan dan kelengkapan yang mudah diubahsuai dan fungsi pelbagaiguna

 Penyediaan dokumentasi dan SOP ternakan (bagi memudahkan permohonan MyGAP / Permit)

 Penyediaan makanan semulajadi

 Penyediaan peralatan ternakan (susun atur kelengkapan)



Langkah Kedua…..

 Pemilihan induk/benih
 - saiz, umur, dan kualiti kesihatan

 Nisbah induk jantan dan betina
- jika tujuan ternakan untuk pembenihan, faktor ini amat penting.

 Tempoh dan kadar pusingan  ternakan ditentukan.
- kemasukan induk/benih mengikuti tempoh masa yang ditentukan bagi menentukan bekalan tidak terputus.

 Patuhi SOP ternakan yang telah digariskan.


..... Bersambung....


Saturday 19 September 2020

Catatan September 2020

 Tahun ini adalah tahun ke 9 usia blog sya ini dan usia pun dah jejak 46 tahun, rumah lama ni lama dah ditinggalkan sejak ada 'Laman Muka Buku' 😅  

Perusahaan Penternakan dan Pembenihan Ikan Air Tawar yang saya usahakan dari tahun 2007 sehingga kini alhamdulliah masih bertahan namun sedikit perubahan pada bentuk pengkhususan produk telah berlaku.

Mulai tahun 2015 tumpuan diberikan sepenuhnya pada ternakan Lobster Air Tawar. tiada lagi pembenihan dan ternakan ikan keli, tilapia dan patin. 

Sejak dari tahun itu juga, pelbagai rintangan dan dugaan kami terima dari pelbagai pihak baik agensi kerajaan mahupun perseorangan, kisah itu kami telan dan jadikan panduan dalam meneruskan perniagaan ini serta memajukan industri Ternakan Lobster Air Tawar di negeri Sabah.

insyaAllah untuk artikel seterusnya nanti. saya akan kongsikan nota nota kursus dan tip dalam ternakan LAT yang mana sebelum ini tidak dapat saya kongsikan dalam blog ini kerana diminta oleh pengusaha/penganjur kursus LAT agar tidak berkongsi secara 'OPEN' (PERCUMA) teknik teknik ternakan LAT.  

Jadi tempoh 5 tahun yang saya berikan dengan tidak menulis apa apa di blog ini rasanya telah LEBIH DARI CUKUP serta sekarang juga amad mudah ditemui info info berkaitan LAT di facebook dan youtube.

Maka AZAM saya sempena 1 Safar hari ini insyaAllah akan dikongsikan teknik ternakan LAT dalam blog HATCHERI AIR TAWAR.