Thursday 31 December 2020

How do baby dragonflies hunt

Clik link di bawah untuk video. 

Friday 18 December 2020

 EM 4


EM-4 DALAM PERIKANAN dan CARA PEMBUATANNYA

Produk EM-4 untuk Perikanan merupakan kultur EM dalam bentuk cecair berguna untuk meningkatkan bakteri pengurai bahan organik, mengalakkan pertumbuhan bakteri pathogen, menstimulasi enzim pencernaan dan meningkatkan kualiti air kolam ternakan.

 

Manfaat EM-4 Perikanan

  • Meningkatkan imulasi dan sistem pertahanan tubuh ikan/udang 
  • Meningkatkan pertumbuhan dan saiz ikan/udang 
  • Keupayaan dalam mengekalkan kualiti air kolam ternakan
  • Memfermentasi sisa makanan dan kotoran di dasar kolam
  • Meningkatkan oksigen terlarut (DO) dan air menjadi bersih sehingga tidak diperlukan penggantian air berulang-ulang.
  • Menguraikan gas-gas amonia, metana dan hydrogen sulfide.



KAEDAH 1

Cara Membuat EM4: Bahan bahan

- Susu lembu / kambing 2 liter
- Isi perut (sisa makanan) kambing atau lembu secukupnya (anggaran dalam 1kg)
- Gula pasir 1 kg
- Beras hancur (rice bran) 1 kg
- Nenas 1 biji
- Belacan ½ kg
- Air bersih 10 liter
- Periuk
- Pengisar


Cara Membuat
  • kisar buah nanas dengan mengunakan pengisar. Campur dan adun hingga sebati   bersama gula pasir, beras hancur, belacan dan air bersih di dalam periuk. Masak sampai mendidih, lalu biarkan adunan tersebut sejuk.
  • Tambahkan susu lembu dan isi perut kambing, gaul hingga sekata.
  • Tutup periuk rapat-rapat hingga 12 jam atau satu hari.
  • Sedia untuk digunakan dengan nisbah 1 liter EM4 untuk 1000 liter air kolam.

Belacan, gula pasir, beras hancur, nenas (yang dihaluskan dengan blender) dimasak agar bakteria lain yang tidak diperlukan mati. Setelah mendidih, hasil adunannya disejukkan.kemudian ditambahkan susu, isi usus ayam atau kambing atau lembu dan ditutup rapat. Setelah 12 jam timbul gelembung-gelembung udara. Bila adunan tersebut sudah siap, cairan di dalamnya akan menjadi pekat.. Perlu diperhatikan susu jangan menggunakan yang sudah basi karena kemampuan bakteria sudah berkurang. Sedangkan kegunaan nenas adalah untuk menghilangkan bau hasil proses bakteria.



KAEDAH 2 : 

Membuat EM4 dengan bahan Tumbuhan (Terbaik Untuk Ternakan Lobster Air Tawar / Udang)

Bahan-bahan:
  • Sisa sayuran, terutama sisa sayuran kekacang 1kg ( seeloknya yang mengandungi kadar tinggi kalsium )
  • Kulit buah-buahan 1kg (betik, pisang, rambutan, mangga, dsb.) Beras hancur 1kg
  • Gula merah 300 gram
  • Air beras, 5 liter

Cara membuat:

1. Sisa sayur, kulit buah-buahan dan beras hancur dicampurkan dan digaul rata di dalam baldi. Tutup rapat dan sesekali digaul rata, biarkan selama satu minggu sampai timbul bau masam manis. Asingkan cairan yang terhasil di dalam bekas bersih. (Peringkat Pertama)
2. Cairan peringkat pertama tadi dicampur dengan sisa sayuran,kulit buah buahan, beras hancur dan gula merah dengan kuantiti yang sama pada pembuatan kali pertama. Kemudian didiamkan lagi selama satu minggu. Selepas seminggu asingkan cairan dan simpan didalam bekas bersih. (Peringkat ke 2)
3. Cecair ini dicampurkan dengan beras hancur 1kg, gula merah 300 gram dan air beras 5 liter. Dan didiamkan lagi selama dua minggu (peringkat ke 3).



Kaedah 3 : 

Membuat EM4 dengan Sayuran/buahan

BAHAN:
  • Betik matang atau kulitnya 500gram
  • Pisang matang atau kulitnya 500gram
  • Nenas matang atau kulitnya 500gram
  • Kacang panjang segar 250gram
  • Kangkung air segar 250gram
  • Batang pisang muda bahagian dalam 1.5 kg
  • Gula pasir 1 kg
  • Air nira 500 ml


CARA PEMBUATAN:

1. Betik, pisang, nanas, kacang panjang, kangkung dan batang pisang muda diracik hingga menjadi agak halus. Buah harus yang sudah matang atau dapat juga digunakan kulit buah yang tidak dimakan.
2. Setelah dihancurkan, campuran bahan tersebut dimasukkan dalam bekas/baldi bertutup.
3. Campurkan gula pasir dan air nira dalam baldi tadi dan gaul hingga rata.
4. Baldi ditutup rapat dan disimpan selama 7 hari
5. Setelah 7 hari larutan yang dihasilkan dikumpulkan secara bertahap setiap hari hingga habis.
6. Larutan tersebut disaring dan dimasukkan kedalam botol yang tertutup rapat. Larutan tersebut adalah EM4 yang siap digunakan dan dapat bertahan hingga 6 bulan.
7. Hampas dari hasil penyaringan larutan boleh digunakan sebagai baja kompos.


Kaedah ke-4

Bahan – bahan :
  • Air cucian beras 5 liter
  • Air kelapa 5 liter
  • Cincangan halus sisa sayuran 3 kg
  • 3-5 biji limau mandarin/lemon,ambil kulitnya sahaja.
  • Ragi 1 biji
  • Gula Merah = 1 kg

Cara Pembuatan :

Semua bahan dicampur dan di adun rata. Tutup rapat dengan selang setiap 4 hari tutup dibuka untuk mengeluarkan gas. Pada hari ke -17 EM4 sudah jadi.

 NOTA KURSUS : 8



PENGENALAN

  • Air merupakan medium untuk hidupan akuatik
  • Kualiti air yang baik merupakan salah satu faktor penting untuk menjayakan projek akuakultur
  • Kualiti air dalam kolam sentiasa berubah disebabkan oleh faktor persekitaran
  • Kualiti air boleh dibahagikan kepada tiga ciri iaitu fizikal, biologi dan kimia
  • Unsur Kimia di dalam air adalah salah satu perkara yang sering diabaikan atau sering disalah fahami. 
  • pH adalah unsur kimia yang paling dipantau dan dikenali fungsinya oleh ramai penternak berbanding GH/KH dan dH
  • Kadar Ammonia akan meningkat jika suhu dan pH meningkat.
  • Jika pH naik satu unit, NH akan meningkat 10 kali ganda
  • pH tanah dan pH air mesti dalam kadar Alkali 



CIRI-CIRI KIMIA

Merujuk kepada parameter kualiti air yang penting dalam akuakultur:

  • Oksigen terlarut (DO)
  • Suhu air
  • Ammonia
  • pH
  • Karbon dioksida (CO2)
  • Alkaliniti
  • Kekerasan (hardness)





1. OKSIGEN TERLARUT (DO)

  • Paling kritikal dalam akuakultur.
  • Sangat dipengaruhi oleh suhu air, kadar kepadatan, kemasinan, BOD, dan kepadatan tumbuhan akuatik.
  • Sumber DO adalah dari taburan udara ke dalam air, pengudaraan mekanikal seperti angin atau alat pengudaraan & proses fotosintesis oleh tumbuhan akuatik.






  KESAN DO RENDAH

  • ‘Stress’.
  • Penyakit.
  • Kecekapan penukaran makanan lemah.
  • Kadar tumbesaran lambat.
  • Kematian.
  • DO boleh dipertingkatkan dengan menggunakan alat pengudaraan, masuk air baru @ kurangkan kadar makanan.



. 2. SUHU AIR

  • LAT merupakan haiwan berdarah sejuk dan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitarannya.
  • Beri kesan ke atas aktiviti harian, pergerakan, pemakanan, tumbesaran & pembiakan kepada semua jenis hidupan air.
  • Perubahan suhu yang mendadak akan menyebabkan kematian LAT.
  • Malaysia mempunyai suhu air diantara 26°- 30° celcius. Suhu yang sesuai untuk LAT.
  • Suhu air juga merupakan faktor yang penting dalam pembiakan spesis tertentu.
  • Kadar metabolik akan meningkat 10 kali ganda bagi setiap peningkatan suhu sebanyak 1ยบ C.


3. AMMONIA

  • Dari protein yang tidak dihadam oleh LAT
  • Dibebaskan melalui insang & bahan buangan
  • Jumlah bergantung kepada jumlah makanan & kandungan protein
  • Meningkat jika kadar makanan ditambah
  • Punca lain-aktiviti bakteria pengurai yang mengurai sisa organik seperti lebihan makanan, tumbuhan akuatik & alga yang telah mati
  • Kadar ammonia toksik  NAIK jika suhu & Ph NAIK
  • Jika pH NAIK satu unit, ammonia toksik akan 10 kali ganda NAIK
  • Terdapat 2 bentuk ammonia.
  1. Ammonia terion ( ionized ammonia ) – kurang toksid
  2. Ammonia tidak terion ( unionized ammonia ) – toksid
  • Ammonia yg toksid boleh ditukar kpd bentuk tidak toksid spt nitrat melalui proses biologi.
  • Nitrat adalah bahan baja yg menyumbang unsur nitrogen.

           NH3 ------- nitromonas-----> NO2- -------> NO3
  • Paras ammonia yg sesuai untuk ikan & udang ialah 0.0125 mg/l.


KESAN AMMONIA

  • Tahap bahaya yang boleh menyebabkan kematian LAT dalam beberapa hari adalah 0.6 mg/l
  • Jika LAT terdedah kepada 0.06 mg/l NH3,  insang & ginjal akan rosak, tumbesaran terbantut, otak tidak berfungsi & pengurangan kapasiti pembawa oksigen dalam tubuh badan


CARA RAWATAN

  • Meningkatkan kadar oksigen dengan pengudaraan dapat mengurangkan kesan ammonia toksik.
  • Mengurangkan kadar pemberian makanan dalam tempoh sementara.
  • Mengantikan 1/3 hingga ½  dari jumlah air kolam/tangki.
  • Ammonia yang berlebihan ini boleh dikurangkan dengan penggunaan EM


*Nitrite dan Nitrate terhasil dari kandungan Amonia yang tidak dikawal.





HUBUNGAN ANTARA CO2, pH, ALKALINITI & KEKERASAN (HARDNESS)

  • Beri kesan kepada:
  1. Produktiviti sistem
  2. Paras ‘stress’ & kesihatan ikan
  3. Kedapatan oksigen
  4. Ammonia
  • CO2 & pH berubah setiap hari.
  • ketika karbon dioksida dilarutkan dalam air, ia menjadi asid karbonat, meningkatkan jumlah asid dan menurunkan pH dalam akuarium. Jumlah karbonat (KH) yang ada di dalam air akan menentukan seberapa jauh pH akan turun.
  • Alkaliniti & kekerasan stabil tetapi boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan pH atau kandungan mineral dalam air atau tanah.


4. pH (Per Hidrogen)

  • pH = Ukuran untuk asid atau alkali air
  • pH = juga merujuk kepada kandungan kepekatan ion hidrogen (H+) dalam air yang menentukan skala bacaan pH
  • pH adalah ukuran keseimbangan antara  Hidrogen (H +) dan hidroksida (OH) ion dalam air. 
  • Skala pH bernilai dari 0 – 14.  Seperti yang kita  tahu, nilai pH 7.0 bererti bahwa pH air nuteral, dengan pembacaan 0 – 6.9 sebagai berasid dan nilai 7.1 – 14  beralkali.
  • pH juga berfungsi sebagai pusat konsentrasi bagi KH dan CO2.  Artinya, kita dapat menentukan jumlah CO2 (mg / L atau ppm) dalam air jika kita mengetahui nilai pH dan KH.  Dalam pengaplikasiannya, pH akan menunjukkan peningkatan bila kita menambahkan CO2, sedangkan KH tetap stabil.


Cara Rawatan: 

  • Masalah: pH yang rendah, air masam & mengandungi asid yang tinggi.
  • Untuk atasi masalah ini gunakan batu kapor untuk meninggikan pH air supaya menjadi 6.5 – 8.5.
  • Masalah: pH yang melebihi skala 8 – bersifat alkali.
  • Air yang beralkali terlampau tinggi akan menyebabkan kematian ikan.
  • Untuk atasi masalah ini tukar air lama dan gantikan dengan air baru.
  • Selain dari itu tambahkan sedikit asid asetik atau tawas untuk merendahkan pH air.






5. KEKERASAN (HARDNESS)

PERANAN KEKERASAN   :  GH ( General Hardness )
  • Kekerasan merupakan kandungan ion kalsium ( Ca +) dan magnesium (Mg +) di dalam air.
  • Ca & Mg – diperlukan dalam proses biologi LAT (tumbesaran)
  • kehilangan sodium & pottasium dari darah LAT – melemahkan fungsi sistem otot, rangsangan lain (nerve)
  • Istilah air  “Lembut” atau “Keras” merujuk pada GH, diukur dalam degrees of hardness (dH). 
  • Unit ukuran – mg/l CaCO3.
  • Satu dH adalah sekitar 17,5 mg / L bersamaan 1ppm.
  • Julat yang sesuai 25 – 100 mg/l
  • Kekerasan rendah akan meningkatkan kematian LAT dan mengurangkan kadar penetasan
  • Kadar penetasan telor yang di inkubasi pada air kurang dari 10 ppm boleh mencapai 70%
  • Julat yang sesuai 25 – 100 mg/lperlu dikekalkan untuk sistem otot, rangsangan (nerve)
  • Air boleh dikategori dalam darjah kekerasan berikut:





KH ( Karbonat Hardness )

  • Parameter 2dKH-3dKH merujuk kepada nilai minimum untuk mendapatkan pH yang stabil.
  • Semakin tinggi nilai KH, semakin stabil air.
  • ketika karbon dioksida dilarutkan dalam air, ia menjadi asid karbonat, meningkatkan jumlah asid dan menurunkan pH dalam akuarium. Jumlah karbonat (KH) yang ada di dalam air akan menentukan seberapa jauh pH akan turun.
Secara ringkasnya, Alkaliniti:
  • Kealkaliniti air – keupayaan air untuk meneutralkan asid tanpa meningkatkan pH air.
  • Mengukur kandungan alkali bikarbonat ( HCO3- ), karbonat ( CO3 ) dan hidroksida ( OH- ).
  • Penampan CO3-  adalah penting dlm sistem ternakan yang dijalankan.




                           Cara menaikkan dan menurunkan pH, Gh dan Kh Air





Wednesday 11 November 2020

 NOTA KURSUS : 7


Sistem Penapis Air

Penggunaan air yang di kitar semula, memerlukan satu sistem yang mampu merawat air tercemar dan menampung penambahan/pertukaran air baharu kurang dari 10% ke 15% sehari.

Kompenan rawatan air mesti mampu untuk merawat air yang tercemar disebabkan oleh sisa buangan dan makanan.

4 perkara asas yang perlu ada dalam sistem penapis air LAT.

  • Menyingkir Ammonia
  • Menghilangkan Bau
  • Menjernihkan Air
  • Memastikan kandungan mineral/kimia terlarut dalam air sentiasa mencukupi


5 kompenan asas yang perlu ada dalam sistem penapis air LAT.

  •  Coral (batu karang yang telah dirawat dengan air tawar) utk mineral terlarut
  •  Active Carbon = untuk  hilangkan bau dan ammonia
  •  Bio Ball = memerangkap microb
  •  Bio Filter (span) =  memerangkap kotoran
  •  Daun Ketapang (di letakkan di dalam tangki ternakan) = menurunkan PH dan menyingkirkan asid merbahaya.














MEMAHAMI MINERAL DAN JENIS DAN FUNGSINYA UNTUK TERNAKAN AIR.


MINERAL

MINERAL ADALAH NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH HIDUPAN AIR UNTUK MENYOKONG PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN DALAM JUMLAH YANG KECIL. MINERAL MEMPUNYAI KOMPOSISI UNSUR TULEN DAN GARAM KOMPLEKS SEDERHANA DENGAN BEBERAPA BENTUK HINGGA BERIBU-RIBU BENTUK.


FUNGSI MINERAL

SETIAP KEPERLUAN TERNAKAN AIR UNTUK MINERAL BERBEZA-BEZA BERGANTUNG KEPADA SEPESIS, USIA, JANTINA, KESIHATAN DAN JUGA KEADAAN FISIOLOGI. MINERAL MEMPUNYAI NILAI BIOLOGI YANG SANGAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN FUNGSI FISIOLOGI DAN STRUKTUR, MENCEGAH KEKURANGAN DAN JUGA MENCEGAH KEMEROSOTAN DALAM KESIHATAN TUBUH. BERIKUT ADALAH CIRI MINERAL:
  • MEMBANTU DAN MENGEKALKAN OTOT, SARAF DAN DALAMAN YANG SIHAT.
  • MENGATUR TEKANAN OSMOSIS DALAM TUBUH DAN MENGHASILKAN PELBAGAI ENZIM.
  • MENGEKALKAN, MENGERAS, MELINDUNGI, DAN MENGAWAL TULANG DAN PROSES
  • FISIOLOGI DALAM BADAN.
  • SEBAGAI PEMANGKIN BAGI PELBAGAI PROSES BIOKIMIA YANG BERLAKU DI DALAM BADAN.
  • PENGUNCUPAN DAN TINDAK BALAS OTOT TERHADAP SARAF.
  • PEMBENTUKAN STRUKTUR TISU LEMBUT DAN KERAS, DALAM KERJA SISTEM ENZIM.
  • MEMBANTU DALAM PENGELUARAN ANTIBODI.
  • MENGEKALKAN KESEIMBANGAN AIR DAN ASAS ASID DALAM AIR DAN BADAN.
  • SUSUN KERANGKA BADAN, OTOT, DAN GIGI.
  • SEBAGAI PENGAKTIF YANG MEMPUNYAI PERANAN DALAM ENZIM DAN HORMON.
  • MENGEKALKAN KESIHATAN TULANG, OTOT/SARAF.
  • PERANAN PENTING DALAM PROSES PEMBINAAN SEL
  • MENGANGKUT OKSIGEN KE SELURUH BADAN.


JENIS MINERAL

BERDASARKAN DOS MINERAL, BILANGAN KEPERLUAN SEHARI, MINERAL BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 3 JENIS, TERMASUK:


1. MINERAL UTAMA

MINERAL UTAMA ADALAH MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN DALAM JUMLAH YANG MENCUKUPI, IAITU LEBIH DARIPADA 100MG, TERMASUK KALSIUM, MAGENTA , KALIUM , KALSIUM , SULFUR , NATRIUM , FOSFORUS , DAN KLORIDA .


2. MENELUSURI MINERAL

TRACE MINERAL DIPERLUKAN PADA PARAS KURANG DARIPADA 100 MG SEHARI. TERDAPAT 9 JENIS MINERAL YANG TERMASUK DALAM KATEGORI INI, TERMASUK BESI, ZINK, MANGAN , SELENIUM, TEMBAGA, KROMIUM, MOLIBDENUM DAN MANGAN.


3. ULTRATRACE MINERAL

MINERAL ULTRATRACE ADALAH MINERAL YANG TERDAPAT DALAM TUBUH HIDUPAN AIR, TETAPI JUMLAH MINERAL YANG DIPERLUKAN TIDAK DIKETAHUI.MINERAL INI TERGOLONG DALAM KATEGORI ARSENIK, NIKEL, BORON, SILIKON, DAN VANADIUM.



MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH

1. KALSIUM

KALSIUM ADALAH MINERAL YANG SANGAT PENTING DAN SANGAT DIPERLUKAN OLEH BADAN HIDUPAN AIR. KALSIUM BERFUNGSI UNTUK MEMBANTUPEMBENTUKAN TULANG DAN GIGI DAN DIPERLUKAN UNTUK PROSES PEMBEKUAN DARAH, PENGHANTARAN ISYARAT SEL SARAF DAN KONTRAKSI OTOT.


2. FOSFORUS

FOSFORUS ADALAH MINERAL YANG SERING DIJUMPAI DALAM PELBAGAI JENIS MAKANAN TERMASUK PRODUK TENUSU DAN DAGING. FOSFORUS YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMBENTUK TULANG DAN GIGI UNTUK MENJADI KUAT DAN MENGEKALKAN FUNGSI SARAF YANG SIHAT.


3. KALIUM

KALIUM ADALAH MINERAL YANG MEMBANTU MENGAWAL FUNGSI JANTUNG, SARAF, AKTIVITI OTOT DAN FUNGSI JANTUNG.


4. NATRIUM

NATRIUM ADALAH UNSUR DAN JUGA MERUPAKAN KOMPONEN ELEKTROLIT DAN GARAM YANG MEMBANTU MENGAWAL KESEIMBANGAN CECAIR SEL.


5. BESI

BESI ADALAH UNSUR SURIH YANG DIPERLUKAN DALAM MENGHASILKAN HEMOGLOBIN, KOMPONEN SEL DARAH MERAH YANG AKAN MEMBAWA OKSIGEN KE SELURUH TUBUH.HIDUPAN AIR YANG KEKURANGAN ZAT BESI MUDAH MERASA LETIH, KERANA BADAN MEREKA KEKURANGAN OKSIGEN. BESI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA MYOGLOBIN YANG BERFUNGSI UNTUK MEMBANTU MENYIMPAN OKSIGEN  DALAM OTOT.


6. MAGNESIUM

MAGNESIUM ADALAH LOGAM PUTIH YANG FLEKSIBEL YANG BOLEH BERTAHAN LAMA DALAM UDARA KERING, TETAPI AKAN BERKARAT JIKA DI UDARA LEMBAP. ION MAGNESIUM SANGAT PENTING UNTUK SEMUA SEL HIDUP. LEBIH DARIPADA 300 ENZIM MEMERLUKAN MAGNESIUM. MAGNESIUM DIPERLUKAN DALAM PEMBENTUKAN PROTEIN, SEL BARU, TULANG, MENGAKTIFKAN VITAMIN B, OTOT SANTAI, PEMBEKUAN DARAH, MEMBENTUK LEMAK DAN MEMBENTUK ADHOSIN TRIPHOSPHATE ATAU ATP.


7. NATRIUM

NATRIUM ADALAH MINERAL YANG BOLEH DIDAPATI DI DALAM TUBUH HIDUPAN AIR DAN DALAM PELBAGAI MAKANAN. NATRIUM ADALAH NUTRIEN YANG SANGAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN JUMLAH DARAH, MENGAWAL KESEIMBANGAN AIR DALAM SETIAP SEL DALAM BADAN DAN JUGA MENGEKALKAN FUNGSI SARAF.


PERINCIAN MINERAL

1. KALSIUM

KALSIUM KALSIUM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN TERMASUK DALAM UNSUR UNSUR DALAM KIMIA DENGAN SIMBOL YANG DIGUNAKAN, IAITU CA DAN MEMPUNYAI NOMBOR SIRI PADA ATOM IAITU 20.

KALSIUM BOLEH DITAKRIFKAN SEBAGAI SALAH SATU MINERAL YANG PALING DIPERLUKAN OLEH BADAN UNTUK PROSES METABOLIK.
(JUGA BACA: SISTEM PEREDARAN DARAH PADA MANUSIA DAN HIDUPAN AIR )

KALSIUM ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI MEMBANTU PENCEGAHAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR, PROSES PEMBENTUKAN TULANG DAN JUGA BAHAGIAN GIGI YANG BEKERJA BERSAMA-SAMA DAN BERKAITAN DENGAN VITAMIN D, SUPAYA IA DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MENCEGAH OSTEOPOROSIS, DAN  MENYOKONG PROSES PEMBEKUAN DARAH KETIKA KECEDERAAN BERLAKU.

SELAIN DARIPADA CONTOH KALSIUM YANG DIPEROLEH DARIPADA SUSU DAN KEJU. SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN MINERAL DALAM BADAN SEPERTI KALSIUM BOLEH MENYEBABKAN RIKET, OSTEOPOROSIS, PENYAKIT KARDIOVASKULAR DAN JUGA PEMBEKUAN AKAN MENJADI SUKAR.


2. YODIUM

YODIUMIODIN ADALAH UNSUR KIMIA YANG MEMPUNYAI SIMBOL I DAN JUGA DALAM NOMBOR ATOM 53. APABILA ANDA MENDENGAR PERKATAAN YODIUM SELALU DIKAITKAN DENGAN GARAM, KERANA YODIUM TERTINGGI DAPAT DIPEROLEH DARI GARAM. IODIN MEMPUNYAI SIFAT ELEKTROPOSIT DAN HALOGEN YANG MEMPUNYAI KEREAKTIFAN YANG PALING RENDAH.

IODIN ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM USAHA UNTUK MEMBANTU PROSES PERTUMBUHAN DAN JUGA PERKEMBANGAN BAHAGIAN BAHAGIAN ORGAN TUBUH. CONTOH-CONTOH YODIUM DIPEROLEH DARIPADA MAKANAN SEPERTI RUMPAI LAUT, TIRAM, GARAM BERIODIUM, SUSU, TELUR DAN MAKANAN LAUT. JIKA BADAN MENGALAMI KEKURANGAN MINERAL SEPERTI YODIUMAKAN MENYEBABKAN GOITER.


3. BESI

BESI ADALAH SALAH SATU MINERAL YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYOKONG PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEJAK DALAM RAHIM IBU. BESI DALAM KIMIA ADALAH ELEMEN YANG MEMPUNYAI SIMBOL FE DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM 26.

BESI MEMPUNYAI FUNGSI DALAM MEMBANTU PROSES PENGANGKUTAN OKSIGEN YANG DIBAWA OLEH DARAH UNTUK DIBAWA KE SEMUA BAHAGIAN BADAN. CONTOH BESI YANG DIPEROLEH DARIPADA MAKANAN SEPERTI SAYUR-SAYURAN HIJAU, KERANG, KACANG, DAN DAGING.


4. MAGNESIUM

MAGNESIUM ADALAH MINERAL YANG BENTUK ASALNYA MEMPUNYAI WARNA PUTIH KEPERAKAN DAN CENDERUNG SANGAT RINGAN. MAGNESIUM DALAM BIDANG KIMIA ADALAH UNSUR YANG MEMPUNYAI SIMBOL MG DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM 12. 

DI SAMPING ITU, MAGNESIUM ADALAH SALAH SATU MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM PROSES MENGUATKAN TULANG, MEMBANTU SISTEM KERJA OTOT MENJADI MAKSIMAL, DAN JUGA MEMBANTU MENGHASILKAN TENAGA DARI TUBUH. CONTOH MAGNESIUM YANG DIPEROLEHI DARI COKLAT, SUSU, PISANG, KENTANG, BIJI, ROTI GANDUM, DAN JUGA SAYUR-SAYURAN HIJAU. SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN MINERAL INI DI DALAM BADAN, IA AKAN MENYEBABKAN GEJALA SEPERTI KELETIHAN, KELEMAHAN, DAN SERING BERASA PENING.


5. FOSFORUS

FOSFORUS PELBAGAI JENIS MINERAL SEPERTI FOSFORUS ADALAH SATU MINERAL YANG MEMPUNYAI BENTUK ALLOTROPIC YANG KEWUJUDANNYA DIPERLUKAN OLEH TUBUH. FOSFORUS DALAM BIDANG KIMIA ADALAH UNSUR YANG MEMPUNYAI SIMBOL P DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM 15. SECARA SEMULA JADI, TERDAPAT 3 JENIS FOSFORUS, IAITU, FOSFORUS PUTIH, FOSFORUS MERAH DAN FOSFORUS HITAM.

DI SAMPING ITU, PHOSPHOS ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM MEMBANTU PROSES PEMBENTUKAN TULANG DAN GIGI YANG BEKERJA SAMA  DENGAN MINERAL LAIN IAITU KALSIUM, DAN MEMBANTU MENGHASILKAN TENAGA DARI TUBUH.

CONTOH FOSFORUS DIPEROLEH DARIPADA MAKANAN YANG CENDERUNG MENGANDUNGI PROTEIN SEPERTI TELUR, KEJU, SUSU, IKAN, DAN DAGING. JIKA BADAN TIDAK MEMPUNYAI MINERAL INI, IA AKAN MENYEBABKAN KEADAAN TULANG DAN GIGI MENJADI LEBIH RAPUH. (JUGA BACA: BAHAN KETAGIHAN )


6. SULFUR

SULFUR MEMPUNYAI NAMA YANG LEBIH POPULAR, SULFUR. SULFUR ADALAH MINERAL NONMETAL MULTIVITAMIN YANG MEMPUNYAI BENTUK KRISTAL KUNING. SULFUR DALAM BIDANG KIMIA ADALAH UNSUR YANG MEMPUNYAI SIMBOL S DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM 16.

DI SAMPING ITU, BELERANG ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM MEMBANTU PROSES PEMBENTUKAN DI BAHAGIAN TULANG RAWAN DAN TENDON. CONTOH SULFUR DIPEROLEH DARIPADA SEMUA MAKANAN YANG MENGANDUNGI PROTEIN. JIKA TERDAPAT KEKURANGAN MINERAL INI AKAN MENYEBABKAN GANGGUAN PADA TULANG DAN OTOT.


7. KALIUM

KALIUM ADALAH MINERAL LOGAM LEMBUT YANG MEMPUNYAI BENTUK ASALADENGAN WARNA PUTIH KEPERAKAN, TETAPI SANGAT MUDAH TEROKSIDASI SEHINGGA IA AKAN BERUBAH MENJADI MEMBOSANKAN. KALIUM DALAM BIDANG KIMIA ADALAH UNSUR YANG MEMPUNYAI SIMBOL K DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM SEBANYAK 19.

SEBAGAI TAMBAHAN, KALIUM ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM MENYOKONG PRESTASI SARAF DAN OTOT. CONTOH KALIUM DIPEROLEH DARIPADA HAMPIR SEMUA BAHAN MAKANAN. SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN KALIUM, IA AKAN MENYEBABKAN OTOT-OTOT MENJADI LEMAH, MENGGANGGU BAHAGIAN-BAHAGIAN JANTUNG, DAN PERKARA YANG PALING TERUK BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.


8. KLORIN

KLORIN ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI BENTUK ASAL GAS DIATOMIK DENGAN WARNA HIJAU, BAU YANG SANGAT PEDAS DAN JUGA SANGAT BERBAHAYA UNTUK KESIHATAN KERANA IA MENGANDUNGI TOKSIN. KLORIN DALAM KIMIA MEMPUNYAI SIMBOL CL DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM 17.

SELAIN ITU,KLORIN ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM MEMBANTU MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ASAS ASID DALAM BADAN, MENYOKONG PRESTASI SARAF DAN OTOT, DAN MENSTABILKAN ATAU MENGIMBANGI AIR DALAM ORGAN TUBUH. CONTOH-CONTOH KLORIN YANG DIPEROLEH DARI GARAM. SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN MINERAL INI AKAN MENYEBABKAN GANGGUAN PADA USUS DAN JUGA BOLEH MUNTAH.


9. NATRIUM

NATRIUM ADALAH MINERAL YANG APABILA BERINTERAKSI LANGSUNG DENGAN UDARA, WARNA KEPERAKANNYA AKAN BERUBAH TERUS KE KELABU DAN BOLEH BERTINDAK BALAS DENGAN CEPAT DENGAN AIS, SALJI, DAN AIR. NATRIUM DALAM BIDANG KIMIA MEMPUNYAI SIMBOL NA DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM 11.

DI SAMPING ITU,NATRIUM ADALAH SALAH SATU MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI DALAM MEMBANTU MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ASAS ASID DALAM BADAN, YANG MENYOKONG PRESTASI SARAF DAN OTOT, DAN MENGEKALKAN KESTABILAN AIR PADA ANGGOTA BADAN. CONTOH NATRIUM YANG DIPEROLEH DARIPADA GARAM. JIKA TERDAPAT KEKURANGAN MINERAL INI, MAKA OTOT AKAN LEMAH, MEMBUANG AIR (CIRIT-BIRIT), DAN JUGA KEKEJANGAN PADA OTOT.


10. ZINK

ZINK ADALAH SALAH SATU MINERAL LOGAM YANG MEMPUNYAI WARNA ASASI ASLI PUTIH YANG BOLEH BERKILAU DENGAN SIFAT RAPUH DI BAWAH KEADAAN SUHU BIASA, TETAPI BERUBAH MENJADI LEMBUT APABILA PROSES PEMANASAN MELEBIHI 100 DARJAH CELSIUS. ZINK DALAM KIMIA MEMPUNYAI SIMBOL ZN DENGAN NOMBOR URUTAN ATOM SEBANYAK 30.

ZINK ADALAH MINERAL YANG MEMPUNYAI FUNGSI YANG BERFUNGSI SEBAGAI COFACTOR DALAM ENZIM, MENYOKONG DAN MENYOKONG PROSES PERTUMBUHAN DALAM TISU. CONTOH ZINK DIPEROLEHI DARI PELBAGAI JENIS MAKANAN. SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN MINERAL INI, IA AKAN MENYEBABKAN DEMAM DAN MUNTAH-MUNTAH 

OLEH KERANA MINERAL BERLEBIHAN, PENJELASANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  • NATRIUM YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN KERACUNAN.
  • KELEBIHAN KLORIN BOLEH MENYEBABKAN MUNTAH.
  • KALSIUM YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN BATU GINJAL.
  • FOSFORUS YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SAWAN.
  • SULFUR BERLEBIHAN AKAN MENGHALANG PROSES PERTUMBUHAN.





RAWATAN AIR TERNAKAN DENGAN PENGGUNAAN LARUTAN TCDO-2



Fungsi TCDO2

  • Mempercepatkan proses MOLTING dan PEMBIAKAN pada udang lobster (LAT)
  • Membekalkan larutan oksigen untuk mengurangkan risiko udang berpenyakit dan kematian.
  • Menggalakkan air yang bersih, sihat dan mengurangkan penggunaan air.
  • Berupaya menyingkirkan toksik ammonia, fosforus dan sebatian lain yang tidak diingini daripada air (recirculating)
  • Mengandungi probiotik, makro, mikro nutrien, zat dalam larutan air dan sesuai untuk digunakan.
  • Menyerap bakteria, pepejal terampai, bahan-bahan buangan dan kotoran.
  • Menstabilkan paras pH air dan ammonia.

Cara penggunaan TCDO2
  • Tak perlu hapuskan klorin sekiranya anda menggunakan punca air klorin dengan anti klorin dalam air ternakan.
  • Masukan TCDO2 ke dalam tangki simpanan tersebut dengan sukatan sebanyak:100- 200 ml / 1000 liter air. atau 10-20 ml / 100 liter air.
  • Gunakan water pump/bubble/kacau sehingga ianya larut.
  • Uji air rawatan/stok tersebut dengan menggunakan pH meter dan pastikan ianya mencapai tahap antara 7.0 - 8.5 bersamaan bacaan TDS antara 300 - 500 ppm (max 1000 ppm)
  • Pastikan air rawatan/stok simpanan disahkan selamat dengan bacaan parameter tesebut dan ianya sesuai untuk disalurkan bagi kegunaan tangki ternakan, pembenihan asuhan ikan dan LAT.
  • TDO2 juga sesuai untuk keggunaan terus pada air ternakan LAT dan Ikan. Pastikan air ternakan mengikuti tahap bacaan TDS antara 300-500 ppm dan maxima 1000 ppm.


Punca Air

PUNCA AIR PERLU DIUJI DENGAN METER TDS3.

  • Punca air dibawah bacaan 300ppm/pH 6 ke bawah perlu dibuat rawatan air dgn TCDO2 di dalam tangki stok sehingga mencapai bacaan 300-500/max 1000 ppm sebelum di salurkan ke tangki ternakan/pembenihan.
  • Punca air bacaan 300ppm/pH 7 keatas sesuai di titiskan TCDO2 ke dalam tank akuarium untuk mencapai paras bacaan yg sesuai antara 300-500/max 1000 ppm.
  • Hanya titiskan kedalam air dengan sedikit warna kekeruhan. Sekiranya tidak mencapai bacaan antara 300-500/max 1000 ppm, anda perlu menambahkan sedikit garam untuk mencapai bacaan tersebut.
  • Air ternakan tidak perlu ditukar, hanya perlu disedut keluar sisa kotoran didasar tank akuarium dan tambahkan air dengan TCDO2 ke paras ketinggian sediada.



 NOTA KURSUS : 6










LAT HIASAN

Menternak LAT dengan kaedah Internal Breeding

Menggunakan sistem ternakan tertutup.

Dibekalkan dalam pelbagai saiz dan warna

Spesis Cambaridae yang selalu diternak bagi tujuan hiasan.



PERMASALAHAN 

Tempoh masa yang panjang bagi menghasilkan LAT yang menarik dan berkualiti dari segi warna dan ukuran 

Sumber bekalan induk berkualiti yang mahal dan harga hasil jualan yang rendah (base on volume)

Saingan dari pesaing luar negara dan saiz pasaran terhad.



Monday 2 November 2020

Wednesday 28 October 2020

 

                                 Perbezaan Rostrum (rabung) antara Spesis Cherax





                                           Kepelbagaian Spesis LAT Australia





                                                       LAT Papua New Guine




Tuesday 20 October 2020

 NOTA KURSUS : 5








PENGELUARAN KOLAM TANAH

Menternak LAT dalam tempoh tertentu bagi mendapatkan satu saiz dan berat yang sesuai dibekalkan ke restoran atau mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.

Mampu memenuhi pesanan tanpa terputus bekalan.

Dibekalkan dalam keadaan hidup dan sejuk beku.



PERMASALAHAN 

Kawasan ternakan yang luas.

Sumber bekalan benih yang mencukupi.

Sumber air yang mencukupi dan berkualiti.



PENYEDIAAN KOLAM TANAH

Rekabentuk bagi kolam ternakan LAT secara umumnya adalah sama seperti mana-mana bentuk kolam ternakan akuakultur yang lain.

Bagi kolam tanah, tebing kolam seeloknya mesti lah dalam kedudukan sedikit landai (slop) tidak terlampau tegak, ini akan memudahkan LAT mencari makanan/mangsa di tebing kolam di waktu malam.

Kolam tanah perlu dikapur terlebih dahulu sebelum digunapakai. kapur yang digunakan adalah dari jenis kapor abu panas dan kapor Dolomite.

Biak kan tumbuhan air seperti hydrilla atau kiambang terlebih dahulu sebelum benih dimasukkan ke dalam kolam. langkah penyediaan sumber makanan hidup untuk ternakan LAT adalah LANGKAH YANG AMAT PENTING dalam ternakan kolam tanah.


Bentuk sistem ternakan terbahagi kepada 2 bentuk:

1- KAEDAH STATIK

TIADA ALIRAN AIR KELUAR DAN MASUK.  kolam yang menggunakan kaedah statik ini mengaplikasikan kaedah 'Close System Water Treatment'

Penggunaan Probiotik adalah MANDATORI. tujuan aplikasi ini adalah untuk mengawal kualiti air dan juga mewujudkan sumber makanan hidup (fitoplanton/zooplanton) 

Penggunaan pam udara diperlukan bagi memastikan kandungan DO sentiasa mencukupi. 

Pemeriksaan kualiti air dan tumbuhbesar LAT perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kandungan probiotik sentiasa cukup dalam air ternakan dan tidak merencatkan proses pembesaran udang.

2- KAEDAH 'FREE FLOW'

Aliran air masuk ke kolam asuhan dipastikan sentiasa ada (24 jam) dan nisbah air yang masuk cukup sekadar 60 liter/minit. Aliran air keluar juga dipastikan lancar 24 jam tanpa gangguan.

kaedah yang digunapakai ini biasanya membabitkan sumber air bukit yang dialirkan secara graviti ke kolam ternakan dan sumber air telah di pastikan selamat 100% dari sebarang pencemaran baik semulajadi mahupun pencemaran dari kegiatan ekonomi setempat.

sumber mineral perlu dipastikan cukup dibekalkan pada ternakan LAT dengan memastikan makanan rumusan yang diberi menepati keperluan semasa LAT. kebergantungan sumber mineral pada makanan rumusan adalah amat tinggi, maka menjadi tanggungjawab penternak mencari dan membekalkan bahan yang berkualiti.

Kedalaman air bagi kolam tanah adalah bergantung kepada cuaca di sesuatu tempat, suhu di dasar kolam mesti mampu dikawal dalam sebarang keadaan cuaca.

Bagi menjaga kualiti air kolam, kaedah aliran air keluar (‘overflow’) yang praktikal adalah cara kaedah pembuangan dasar.


Teknik Ternakan Kovensional

Saiz benih LAT yang dilepaskan di dalam kolam ternakan akan menentukan tempoh tuaian. Semakin kecil saiznya, semakin panjang tempoh ternakan. 

Setiap kali sebelum memasukkan benih ke kolam ternakan, pastikan kualiti air kolam memuaskan. Walaupun kaedah ‘Free Flow’ digunapakai.

Sumber makanan semulajadi seperti tumbuhan air telah tersedia.

Pemberian makanan rumusan mencukupi dan lengkap.

Kandungan DO terlarut di dalam kolam mencukupi 

Teknik tuaian yang cekap dan tidak mendatangkan tekanan kepada LAT.


Saiz  dan Kuantiti Kolam

Dalam ternakan kolam tanah secara kovensional (cara biase biase aje) saiz kolam adalah tidak penting, cukup sekadar 20 kaki x 10 kaki sudah memadai ( nak kecil dari ini pun boleh) tetapi kuantiti yang diperlukan adalah minimum 2 buah kolam. ikuti langkah langkah dibawah ini.

Langkah 1: Sediakan 2 kolam tanah pastikan telah dirawat dengan kapor abu panas dan telah cukup kering.

Langkah 2: masukkan air sekitar 1 kaki dan biakkan hydrilla di dalam kedua dua kolam tersebut, langkah ini perlu dibuat di luar musim hujan kerana peringkat awal tananam hydrilla ianya memerlukan cahaya matahari yang cukup. pastikan kedua kolam menggunakan kaedah 'free flow' jika tidak dapat, pasangkan blower di kolam. proses pembiakan hydrilla ini ambil masa 2 ke 4 minggu. 

setelah 2 minggu air dimasukkan ke dalam kolam, lepaskan IKAN SEPAT (jangan ikan lain. SEPAT SAHAJA, tak kira la sepat ronggeng ke siam ke avatar ke janji SEPAT) ikan sepat ini akan bertindak sebagai agen bio sekuiriti menghapuskan anak pepatung yang merupakan PEMANGSA UTAMA benih LAT.  kuantiti sepat tu ikut suka hati. 

setelah 3 ke 4 minggu dan tumbuhan hydrilla telah berkembang biak dengan baik. tambah kedalaman air kolam ke 2 kaki atau 3 kaki. 

Langkah 3: lepaskan benih LAT berukuran 2 inci ke 3 inci ( 200 ekor ke 1000 ekor, bergantung pada sazi kolam) ke dalam satu sahaja kolam ternakan. kolam yang no.2 biarkan KOSONG tanpa seekor pun LAT dilepaskan disitu. biarkan sehingga 3 bulan.

Langkah 4: selepas tempoh 3 bulan udang dilepaskan di kolam no.1, boleh sudah dipasangkan BUBU NAGA untuk memerangkap LAT yang ada didalam kolam tersebut. bubu perlu dipasang pada lewat petang dan di ambil keluar keesokkan pagi. 

jika ada LAT bertelur termasuk di dalam bubu, masukkan LAT tersebut ke dalam kolam no.2 yang kosong itu, begitu juga jika ada bibit yang dibawah saiz 1 inci, kumpulkan semuanya di dalam kolam no.2. manakala saiz atas 4 inci yang diperolehi boleh la dijual atau di makan.

Langkah 5: tuai LAT di kolam no.1 sampai habis dan mana mana saiz yg kecil dan bertelur masukkan ke kolam no.2. setelah kolam no.1 habis dituai. buang air sampai kering dan rawat dengan kapor. serta ulang Langkah 1 sampai no.3

Langkah 6. asuh kolam no.2 sampai 2 ke 3 bulan. tuai hasilnya dan ulang langkah no.4 dan Langkah no.5

begitulah seterusnya sampai bila bila.


















Friday 9 October 2020

KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR OGOS 2008 PPA PERLOK, JERANTUT PAHANG





video dari pelawat yang datang ke farm kami di kiulu.  video dah lama ni hehehehehe



 

 NOTA KURSUS : 4


PENGELUARAN BENIH SECARA KOVENSIONAL

Menternak LAT dengan suatu kaedah bersistem bagi mendapatkan bekalan anak benih secara konsisten.

Mampu menghasilkan benih yang berkualiti bersesuai dengan keperluan kolam ternakan.

Dibekalkan dalam keadaan hidup dalam pelbagai saiz/umur.


PERMASALAHAN 

Kesukaran mendapatkan stok induk yang berkualiti.

Memerlukan kawasan ternakan yang luas atau kuantiti tangki yang besar.



SOP HATCHERI




PENYEDIAAN PEMBENIHAN

Tidak memerlukan peralatan khusus dan canggih, tetapi memerlukan satu sistem rawatan air yang sempurna. Kaedah ‘Free Flow’ tidak boleh diamalkan.

Brood Stock atau induk yang ingin digunapakai WAJIB dari kelompok F1 atau F2 yang berlainan (berlainan generasi). Internel Breeding di larang samas ekali.

Proses pemijahan memerlukan satu lokasi yang tidak terganggu dan mudah dipantau, tidak praktikal menggunakan kolam tanah kecuali anda menggunakan kaedah Lepas Tinggal Tuai.

Suhu air didalam tangki pemijahan dan penetasan perlu stabil dan mempunyai jumlah DO yang mencukupi.

Memerlukan sumber makanan yang tinggi protein dan karbohidrat 

Kandungan mineral di dalam air tangki pemijahan dan penetasan antara 200ppm ke 400ppm.




Teknik Pembenihan Kovensional


LAT yang berusia dari umur 6 ~ 12 bulan (5~8 inci) adalah yang paling sesuai untuk dijadikan induk. kurang dari 4 inci tidak sesuai dijadikan induk.

Saiz induk jantan dan betina mestilah seimbang, saiz induk betina tidak boleh melebihi saiz induk jantan

Induk jantan dan betina harus dipisahkan sekurang kurangnya 2 minggu dari tarikh pemijahan

Tempoh pemijahan adalah selama 2 minggu dan nisbah induk jantan betina yang dicadangkan 1:3 @ 2:7 @ 3:9

Elakkan sebarang gangguan di tangki sepanjang tempoh pemijahan tersebut

Induk betina yang sudah bertelur harus diasingkan di dalam bekas yang gelap. satu bekas satu induk

LAT betina mampu menghasilkan telur sebanyak 100 ~ 1000 biji, bergantung kepada umur dan saiz badan.

Secara purata 10 biji telur bersamaan dengan 1 gram dan 30% darinya akan gagal bertahan sehingga menetas.

Telur akan di eram selama 40 ~ 47 hari

Suhu air yang optimum adalah 28°C ~ 29°C, dan dengan takat suhu begini, tempoh penetasan kebiasaanya dalam masa 35 ~ 40 hari

Makin rendah suhu air tangki, akan makin panjang tempoh masa menetas telur tersebut

Contoh anggaran jumlah telur:

Berat induk betina 85gram mampu menghasilkan telur sebanyak 600 biji.

# Rujuk Gambarajah di Bawah 




Perubahan Warna Telur