1.
Nama saintifik bagi Udang Kara Air Tawar ini
adalah Cherax Quadricarinatus termasuk dalam keluarga Parastacidae,
juga dikenali dengan panggilan RedClaw Crayfish. Berwarna biru laut
dan sedikit tompok kemerahan. Bagi LAT
jantina jantan, sepit hadapan/utama bersaiz lebih besar dari betina dan
terdapat bahagian berwarna merah.
2.
Bagi mengenali LAT jantan dan betina, perhatikan di pangkal kakinya. Bagi LAT jantan, terdapat benjolan di kaki
paling bawah dan bagi LAT betina,
terdapat benjolan di kaki nombor tiga.
Betina Jantan
3.
Untuk menternak LAT baik sebagai hobi atau bagi tujuan komersial, asas pengetahuan
dalam penternakan harus dipelajari terlebih dahulu. Memahami dan mengenali
tabiat serta biologi LAT adalah
perkara utama sebelum memulakan langkah dalam penternakan spesies ini.
4.
Perkara asas yang perlu difikirkan adalah tujuan
pemeliharaan LAT tersebut. Adakah
sebagai usaha kecil-kecilan bagi menghasilkan benih sahaja atau ingin
dijalankan secara besar-besaran. Ini kerana sistem ternakan bagi kedua-dua
proses tersebut adalah berlainan sama sekali walaupun pada dasar asas
penternakanya adalah sama.
5.
Langkah pertama sebelum memulakan penternakan.
Para pengusaha hendaklah memeriksa dan memastikan beberapa perkara terlebih
dahulu sebelum sebarang kerja bermula.
·
Takat suhu air kolam/tangki (suhu yang sesuai
adalah sekitar 20⁰ celcius hingga 28⁰ celcius) suhu melebihi 30⁰ celcius amat
tidak sesuai.
·
PH air sekitar 6.7 hingga 7.8
·
DO sekitar 4.5 ml/l hingga 6.7 ml/l
·
CO2 tidak melebihi 10ppm
·
Kadar
Sifat Air antara 10⁰ hingga 20⁰ dH
6.
Penyediaan tempat pembiakan atau asuhan boleh
menggunakan apa sahaja bentuk, seperti tangki simen, fiber, kolam tanah atau
hapa malah kotak polistrien juga boleh digunapakai. Namun faktor kepadatan
hendaklah diambil kira. Kadar kepadatan untuk LAT bersaiz 7 cm hingga 8 cm dengan berat purata 120 gram adalah 10
ekor untuk setiap meter persegi.
7.
Kadar kepadatan ini dapat memberi ruang kepada LAT bergerak agak bebas dan dapat
mengurangkan pertembungan sesama mereka, ini kerana LAT sering mengalami proses moulting
dan proses biologi ini memberi peluang kepada udang lain untuk memakan seseekor LAT yang sedang mengalami proses moulting tersebut. Perkara MOULTING ini akan di bincangkan di bab yang
khusus berkaitan dengannya nanti.
No comments:
Post a Comment