SINOPSIS
1.
Crayfish
RedClaw atau dikenali juga sebagai Lobster Air Tawar (LAT) merupakan spesis udang kara yang berasal dari Australia. Kini
merupakan ternakan terbaru yang diusahakan di ladang/hatchery Fastharvest
Aquaculture.
2.
Selama 2 tahun kajian penternakan LAT dijalankan bagi mencari kaedah
terbaik bagi pemeliharaan dan juga pembenihan, dan pada tahun 2013, sebanyak 30
pasang induk LAT telah berjaya
diasuh dan pembenihan berjaya menghasilkan lebih 1000 ekor anak benih LAT.
3.
Hasil dari penelitian yang telah dijalankan,
penternakan LAT ini mempunyai kadar
tumbuhbesar yang agak perlahan, ianya mengambil tempoh masa sekitar 8 hingga 9
bulan untuk mencapai saiz 7 hingga 8 inci. Dari sudut penternakan secara
kecil-kecilan ianya tidak berbaloi tetapi jika dihasilkan secara komersial dan
bijak mempelbagaikan bentuk pasaran maka ianya mampu memberikan pulangan yang
lumayan.
4.
Dari sudut kos penternakan pula, di dapati kos
makanan amatlah murah dan mudah di pelbagaikan bentuk makanannya, jika
menggunakan pallet sebagai medium makanan, keperluan untuk ternakan 30 pasang
induk dan 500 ekor anak benih bersaiz 1 inci ke 3 inci untuk tempoh seminggu
hanya memerlukan 2 kilogram pallet starter dengan kadar pembahagian waktu makan
sebanyak 2 kali sehari.
5.
Walaupun kos makanan adalah minimum, terdapat
peningkatan kos di bahagian penyediaan tempat pembiakan/penternakan, ini kerana
untuk mendapatkan output maksimum dan
mencegah peningkatan kadar kematian, penyediaan tangki/kolam diperlukan dalam
jumlah yang besar (tangki mengawan, tangki asuhan benih untuk pelbagai
peringkat saiz , tangki induk bertelur, tangki induk jantan, tangki induk
betina). Keperluan ini adalah satu kemestian jika LAT hendak diternak secara komersial.
6.
Selain dari perkara di atas, daya tahan penyakit
LAT ini juga amat tinggi, ini
memberi para pengusaha satu kelebihan dari sudut kos ubat-ubatan dan juga
risiko kematian.
7.
Satu faktor yang penting dan tidak boleh
dipandang ringan dalam penternakan LAT
adalah kawalan suhu air. Ini merupakan kunci kejayaan penternakan spesies ini.
Kawalan suhu ini perlu diawasi di semua peringkat penternakan.
8.
Penternakan LAT
tidak memerlukan satu sistem yang kompleks, cukup sekadar sistem ternakan asas seperti
kita memelihara ikan puyu atau sepat, tetapi untuk tujuan komersial, sesebuah
ladang atau hatceri itu perlu mengamalkan standart S.O.P dan konsep Amalan
Akuakultur Baik (APB/GAP).
9.
Apa yang penting, seseorang pengusaha
penternakan LAT haruslah bijak
mencari sumber makanan yang tinggi kandungan protein dengan kos yang murah
serta tahu menyusun kadar pengeluaran ternakan mengikut kehendak permintaan
pasaran bagi ternakan ini. Ini akan menjamin kejayaan sesuatu perusahaan LAT tersebut.
No comments:
Post a Comment