NOTA KURSUS : 5
PERMASALAHAN
Kawasan ternakan yang luas.
Sumber bekalan benih yang mencukupi.
Sumber air yang mencukupi dan berkualiti.
PENYEDIAAN KOLAM TANAH
Rekabentuk bagi kolam ternakan LAT secara umumnya adalah sama seperti mana-mana bentuk kolam ternakan akuakultur yang lain.
Bagi kolam tanah, tebing kolam seeloknya mesti lah dalam kedudukan sedikit landai (slop) tidak terlampau tegak, ini akan memudahkan LAT mencari makanan/mangsa di tebing kolam di waktu malam.
Kolam tanah perlu dikapur terlebih dahulu sebelum digunapakai. kapur yang digunakan adalah dari jenis kapor abu panas dan kapor Dolomite.
Biak kan tumbuhan air seperti hydrilla atau kiambang terlebih dahulu sebelum benih dimasukkan ke dalam kolam. langkah penyediaan sumber makanan hidup untuk ternakan LAT adalah LANGKAH YANG AMAT PENTING dalam ternakan kolam tanah.
Bentuk sistem ternakan terbahagi kepada 2 bentuk:
1- KAEDAH STATIK
TIADA ALIRAN AIR KELUAR DAN MASUK. kolam yang menggunakan kaedah statik ini mengaplikasikan kaedah 'Close System Water Treatment'
Penggunaan Probiotik adalah MANDATORI. tujuan aplikasi ini adalah untuk mengawal kualiti air dan juga mewujudkan sumber makanan hidup (fitoplanton/zooplanton)
Penggunaan pam udara diperlukan bagi memastikan kandungan DO sentiasa mencukupi.
Pemeriksaan kualiti air dan tumbuhbesar LAT perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kandungan probiotik sentiasa cukup dalam air ternakan dan tidak merencatkan proses pembesaran udang.
2- KAEDAH 'FREE FLOW'
Aliran air masuk ke kolam asuhan dipastikan sentiasa ada (24 jam) dan nisbah air yang masuk cukup sekadar 60 liter/minit. Aliran air keluar juga dipastikan lancar 24 jam tanpa gangguan.
kaedah yang digunapakai ini biasanya membabitkan sumber air bukit yang dialirkan secara graviti ke kolam ternakan dan sumber air telah di pastikan selamat 100% dari sebarang pencemaran baik semulajadi mahupun pencemaran dari kegiatan ekonomi setempat.
sumber mineral perlu dipastikan cukup dibekalkan pada ternakan LAT dengan memastikan makanan rumusan yang diberi menepati keperluan semasa LAT. kebergantungan sumber mineral pada makanan rumusan adalah amat tinggi, maka menjadi tanggungjawab penternak mencari dan membekalkan bahan yang berkualiti.
Kedalaman air bagi kolam tanah adalah bergantung kepada cuaca di sesuatu tempat, suhu di dasar kolam mesti mampu dikawal dalam sebarang keadaan cuaca.
Bagi menjaga kualiti air kolam, kaedah aliran air keluar (‘overflow’) yang praktikal adalah cara kaedah pembuangan dasar.
Teknik Ternakan Kovensional
Saiz benih LAT yang dilepaskan di dalam kolam ternakan akan menentukan tempoh tuaian. Semakin kecil saiznya, semakin panjang tempoh ternakan.
Setiap kali sebelum memasukkan benih ke kolam ternakan, pastikan kualiti air kolam memuaskan. Walaupun kaedah ‘Free Flow’ digunapakai.
Sumber makanan semulajadi seperti tumbuhan air telah tersedia.
Pemberian makanan rumusan mencukupi dan lengkap.
Kandungan DO terlarut di dalam kolam mencukupi
Teknik tuaian yang cekap dan tidak mendatangkan tekanan kepada LAT.
Saiz dan Kuantiti Kolam
Dalam ternakan kolam tanah secara kovensional (cara biase biase aje) saiz kolam adalah tidak penting, cukup sekadar 20 kaki x 10 kaki sudah memadai ( nak kecil dari ini pun boleh) tetapi kuantiti yang diperlukan adalah minimum 2 buah kolam. ikuti langkah langkah dibawah ini.
Langkah 1: Sediakan 2 kolam tanah pastikan telah dirawat dengan kapor abu panas dan telah cukup kering.
Langkah 2: masukkan air sekitar 1 kaki dan biakkan hydrilla di dalam kedua dua kolam tersebut, langkah ini perlu dibuat di luar musim hujan kerana peringkat awal tananam hydrilla ianya memerlukan cahaya matahari yang cukup. pastikan kedua kolam menggunakan kaedah 'free flow' jika tidak dapat, pasangkan blower di kolam. proses pembiakan hydrilla ini ambil masa 2 ke 4 minggu.
setelah 2 minggu air dimasukkan ke dalam kolam, lepaskan IKAN SEPAT (jangan ikan lain. SEPAT SAHAJA, tak kira la sepat ronggeng ke siam ke avatar ke janji SEPAT) ikan sepat ini akan bertindak sebagai agen bio sekuiriti menghapuskan anak pepatung yang merupakan PEMANGSA UTAMA benih LAT. kuantiti sepat tu ikut suka hati.
setelah 3 ke 4 minggu dan tumbuhan hydrilla telah berkembang biak dengan baik. tambah kedalaman air kolam ke 2 kaki atau 3 kaki.
Langkah 3: lepaskan benih LAT berukuran 2 inci ke 3 inci ( 200 ekor ke 1000 ekor, bergantung pada sazi kolam) ke dalam satu sahaja kolam ternakan. kolam yang no.2 biarkan KOSONG tanpa seekor pun LAT dilepaskan disitu. biarkan sehingga 3 bulan.
Langkah 4: selepas tempoh 3 bulan udang dilepaskan di kolam no.1, boleh sudah dipasangkan BUBU NAGA untuk memerangkap LAT yang ada didalam kolam tersebut. bubu perlu dipasang pada lewat petang dan di ambil keluar keesokkan pagi.
jika ada LAT bertelur termasuk di dalam bubu, masukkan LAT tersebut ke dalam kolam no.2 yang kosong itu, begitu juga jika ada bibit yang dibawah saiz 1 inci, kumpulkan semuanya di dalam kolam no.2. manakala saiz atas 4 inci yang diperolehi boleh la dijual atau di makan.
Langkah 5: tuai LAT di kolam no.1 sampai habis dan mana mana saiz yg kecil dan bertelur masukkan ke kolam no.2. setelah kolam no.1 habis dituai. buang air sampai kering dan rawat dengan kapor. serta ulang Langkah 1 sampai no.3
Langkah 6. asuh kolam no.2 sampai 2 ke 3 bulan. tuai hasilnya dan ulang langkah no.4 dan Langkah no.5
begitulah seterusnya sampai bila bila.
No comments:
Post a Comment