Friday 18 December 2020

 EM 4


EM-4 DALAM PERIKANAN dan CARA PEMBUATANNYA

Produk EM-4 untuk Perikanan merupakan kultur EM dalam bentuk cecair berguna untuk meningkatkan bakteri pengurai bahan organik, mengalakkan pertumbuhan bakteri pathogen, menstimulasi enzim pencernaan dan meningkatkan kualiti air kolam ternakan.

 

Manfaat EM-4 Perikanan

  • Meningkatkan imulasi dan sistem pertahanan tubuh ikan/udang 
  • Meningkatkan pertumbuhan dan saiz ikan/udang 
  • Keupayaan dalam mengekalkan kualiti air kolam ternakan
  • Memfermentasi sisa makanan dan kotoran di dasar kolam
  • Meningkatkan oksigen terlarut (DO) dan air menjadi bersih sehingga tidak diperlukan penggantian air berulang-ulang.
  • Menguraikan gas-gas amonia, metana dan hydrogen sulfide.



KAEDAH 1

Cara Membuat EM4: Bahan bahan

- Susu lembu / kambing 2 liter
- Isi perut (sisa makanan) kambing atau lembu secukupnya (anggaran dalam 1kg)
- Gula pasir 1 kg
- Beras hancur (rice bran) 1 kg
- Nenas 1 biji
- Belacan ½ kg
- Air bersih 10 liter
- Periuk
- Pengisar


Cara Membuat
  • kisar buah nanas dengan mengunakan pengisar. Campur dan adun hingga sebati   bersama gula pasir, beras hancur, belacan dan air bersih di dalam periuk. Masak sampai mendidih, lalu biarkan adunan tersebut sejuk.
  • Tambahkan susu lembu dan isi perut kambing, gaul hingga sekata.
  • Tutup periuk rapat-rapat hingga 12 jam atau satu hari.
  • Sedia untuk digunakan dengan nisbah 1 liter EM4 untuk 1000 liter air kolam.

Belacan, gula pasir, beras hancur, nenas (yang dihaluskan dengan blender) dimasak agar bakteria lain yang tidak diperlukan mati. Setelah mendidih, hasil adunannya disejukkan.kemudian ditambahkan susu, isi usus ayam atau kambing atau lembu dan ditutup rapat. Setelah 12 jam timbul gelembung-gelembung udara. Bila adunan tersebut sudah siap, cairan di dalamnya akan menjadi pekat.. Perlu diperhatikan susu jangan menggunakan yang sudah basi karena kemampuan bakteria sudah berkurang. Sedangkan kegunaan nenas adalah untuk menghilangkan bau hasil proses bakteria.



KAEDAH 2 : 

Membuat EM4 dengan bahan Tumbuhan (Terbaik Untuk Ternakan Lobster Air Tawar / Udang)

Bahan-bahan:
  • Sisa sayuran, terutama sisa sayuran kekacang 1kg ( seeloknya yang mengandungi kadar tinggi kalsium )
  • Kulit buah-buahan 1kg (betik, pisang, rambutan, mangga, dsb.) Beras hancur 1kg
  • Gula merah 300 gram
  • Air beras, 5 liter

Cara membuat:

1. Sisa sayur, kulit buah-buahan dan beras hancur dicampurkan dan digaul rata di dalam baldi. Tutup rapat dan sesekali digaul rata, biarkan selama satu minggu sampai timbul bau masam manis. Asingkan cairan yang terhasil di dalam bekas bersih. (Peringkat Pertama)
2. Cairan peringkat pertama tadi dicampur dengan sisa sayuran,kulit buah buahan, beras hancur dan gula merah dengan kuantiti yang sama pada pembuatan kali pertama. Kemudian didiamkan lagi selama satu minggu. Selepas seminggu asingkan cairan dan simpan didalam bekas bersih. (Peringkat ke 2)
3. Cecair ini dicampurkan dengan beras hancur 1kg, gula merah 300 gram dan air beras 5 liter. Dan didiamkan lagi selama dua minggu (peringkat ke 3).



Kaedah 3 : 

Membuat EM4 dengan Sayuran/buahan

BAHAN:
  • Betik matang atau kulitnya 500gram
  • Pisang matang atau kulitnya 500gram
  • Nenas matang atau kulitnya 500gram
  • Kacang panjang segar 250gram
  • Kangkung air segar 250gram
  • Batang pisang muda bahagian dalam 1.5 kg
  • Gula pasir 1 kg
  • Air nira 500 ml


CARA PEMBUATAN:

1. Betik, pisang, nanas, kacang panjang, kangkung dan batang pisang muda diracik hingga menjadi agak halus. Buah harus yang sudah matang atau dapat juga digunakan kulit buah yang tidak dimakan.
2. Setelah dihancurkan, campuran bahan tersebut dimasukkan dalam bekas/baldi bertutup.
3. Campurkan gula pasir dan air nira dalam baldi tadi dan gaul hingga rata.
4. Baldi ditutup rapat dan disimpan selama 7 hari
5. Setelah 7 hari larutan yang dihasilkan dikumpulkan secara bertahap setiap hari hingga habis.
6. Larutan tersebut disaring dan dimasukkan kedalam botol yang tertutup rapat. Larutan tersebut adalah EM4 yang siap digunakan dan dapat bertahan hingga 6 bulan.
7. Hampas dari hasil penyaringan larutan boleh digunakan sebagai baja kompos.


Kaedah ke-4

Bahan – bahan :
  • Air cucian beras 5 liter
  • Air kelapa 5 liter
  • Cincangan halus sisa sayuran 3 kg
  • 3-5 biji limau mandarin/lemon,ambil kulitnya sahaja.
  • Ragi 1 biji
  • Gula Merah = 1 kg

Cara Pembuatan :

Semua bahan dicampur dan di adun rata. Tutup rapat dengan selang setiap 4 hari tutup dibuka untuk mengeluarkan gas. Pada hari ke -17 EM4 sudah jadi.

No comments:

Post a Comment