Thursday, 31 December 2020
Friday, 18 December 2020
EM 4
EM-4 DALAM PERIKANAN dan CARA PEMBUATANNYA
Produk EM-4 untuk Perikanan merupakan kultur EM dalam bentuk cecair berguna untuk meningkatkan bakteri pengurai bahan organik, mengalakkan pertumbuhan bakteri pathogen, menstimulasi enzim pencernaan dan meningkatkan kualiti air kolam ternakan.
Manfaat EM-4 Perikanan
- Meningkatkan imulasi dan sistem pertahanan tubuh ikan/udang
- Meningkatkan pertumbuhan dan saiz ikan/udang
- Keupayaan dalam mengekalkan kualiti air kolam ternakan
- Memfermentasi sisa makanan dan kotoran di dasar kolam
- Meningkatkan oksigen terlarut (DO) dan air menjadi bersih sehingga tidak diperlukan penggantian air berulang-ulang.
- Menguraikan gas-gas amonia, metana dan hydrogen sulfide.
- kisar buah nanas dengan mengunakan pengisar. Campur dan adun hingga sebati bersama gula pasir, beras hancur, belacan dan air bersih di dalam periuk. Masak sampai mendidih, lalu biarkan adunan tersebut sejuk.
- Tambahkan susu lembu dan isi perut kambing, gaul hingga sekata.
- Tutup periuk rapat-rapat hingga 12 jam atau satu hari.
- Sedia untuk digunakan dengan nisbah 1 liter EM4 untuk 1000 liter air kolam.
- Sisa sayuran, terutama sisa sayuran kekacang 1kg ( seeloknya yang mengandungi kadar tinggi kalsium )
- Kulit buah-buahan 1kg (betik, pisang, rambutan, mangga, dsb.) Beras hancur 1kg
- Gula merah 300 gram
- Air beras, 5 liter
- Betik matang atau kulitnya 500gram
- Pisang matang atau kulitnya 500gram
- Nenas matang atau kulitnya 500gram
- Kacang panjang segar 250gram
- Kangkung air segar 250gram
- Batang pisang muda bahagian dalam 1.5 kg
- Gula pasir 1 kg
- Air nira 500 ml
- Air cucian beras 5 liter
- Air kelapa 5 liter
- Cincangan halus sisa sayuran 3 kg
- 3-5 biji limau mandarin/lemon,ambil kulitnya sahaja.
- Ragi 1 biji
- Gula Merah = 1 kg
NOTA KURSUS : 8
PENGENALAN
- Air merupakan medium untuk hidupan akuatik
- Kualiti air yang baik merupakan salah satu faktor penting untuk menjayakan projek akuakultur
- Kualiti air dalam kolam sentiasa berubah disebabkan oleh faktor persekitaran
- Kualiti air boleh dibahagikan kepada tiga ciri iaitu fizikal, biologi dan kimia
- Unsur Kimia di dalam air adalah salah satu perkara yang sering diabaikan atau sering disalah fahami.
- pH adalah unsur kimia yang paling dipantau dan dikenali fungsinya oleh ramai penternak berbanding GH/KH dan dH
- Kadar Ammonia akan meningkat jika suhu dan pH meningkat.
- Jika pH naik satu unit, NH akan meningkat 10 kali ganda
- pH tanah dan pH air mesti dalam kadar Alkali
Merujuk kepada parameter kualiti air yang penting dalam akuakultur:
- Oksigen terlarut (DO)
- Suhu air
- Ammonia
- pH
- Karbon dioksida (CO2)
- Alkaliniti
- Kekerasan (hardness)
- Paling kritikal dalam akuakultur.
- Sangat dipengaruhi oleh suhu air, kadar kepadatan, kemasinan, BOD, dan kepadatan tumbuhan akuatik.
- Sumber DO adalah dari taburan udara ke dalam air, pengudaraan mekanikal seperti angin atau alat pengudaraan & proses fotosintesis oleh tumbuhan akuatik.
- ‘Stress’.
- Penyakit.
- Kecekapan penukaran makanan lemah.
- Kadar tumbesaran lambat.
- Kematian.
- DO boleh dipertingkatkan dengan menggunakan alat pengudaraan, masuk air baru @ kurangkan kadar makanan.
- LAT merupakan haiwan berdarah sejuk dan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitarannya.
- Beri kesan ke atas aktiviti harian, pergerakan, pemakanan, tumbesaran & pembiakan kepada semua jenis hidupan air.
- Perubahan suhu yang mendadak akan menyebabkan kematian LAT.
- Malaysia mempunyai suhu air diantara 26°- 30° celcius. Suhu yang sesuai untuk LAT.
- Suhu air juga merupakan faktor yang penting dalam pembiakan spesis tertentu.
- Kadar metabolik akan meningkat 10 kali ganda bagi setiap peningkatan suhu sebanyak 1ยบ C.
- Dari protein yang tidak dihadam oleh LAT
- Dibebaskan melalui insang & bahan buangan
- Jumlah bergantung kepada jumlah makanan & kandungan protein
- Meningkat jika kadar makanan ditambah
- Punca lain-aktiviti bakteria pengurai yang mengurai sisa organik seperti lebihan makanan, tumbuhan akuatik & alga yang telah mati
- Kadar ammonia toksik NAIK jika suhu & Ph NAIK
- Jika pH NAIK satu unit, ammonia toksik akan 10 kali ganda NAIK
- Terdapat 2 bentuk ammonia.
- Ammonia terion ( ionized ammonia ) – kurang toksid
- Ammonia tidak terion ( unionized ammonia ) – toksid
- Ammonia yg toksid boleh ditukar kpd bentuk tidak toksid spt nitrat melalui proses biologi.
- Nitrat adalah bahan baja yg menyumbang unsur nitrogen.
NH3 ------- nitromonas-----> NO2- -------> NO3
- Paras ammonia yg sesuai untuk ikan & udang ialah 0.0125 mg/l.
- Tahap bahaya yang boleh menyebabkan kematian LAT dalam beberapa hari adalah 0.6 mg/l
- Jika LAT terdedah kepada 0.06 mg/l NH3, insang & ginjal akan rosak, tumbesaran terbantut, otak tidak berfungsi & pengurangan kapasiti pembawa oksigen dalam tubuh badan
- Meningkatkan kadar oksigen dengan pengudaraan dapat mengurangkan kesan ammonia toksik.
- Mengurangkan kadar pemberian makanan dalam tempoh sementara.
- Mengantikan 1/3 hingga ½ dari jumlah air kolam/tangki.
- Ammonia yang berlebihan ini boleh dikurangkan dengan penggunaan EM
- Beri kesan kepada:
- Produktiviti sistem
- Paras ‘stress’ & kesihatan ikan
- Kedapatan oksigen
- Ammonia
- CO2 & pH berubah setiap hari.
- ketika karbon dioksida dilarutkan dalam air, ia menjadi asid karbonat, meningkatkan jumlah asid dan menurunkan pH dalam akuarium. Jumlah karbonat (KH) yang ada di dalam air akan menentukan seberapa jauh pH akan turun.
- Alkaliniti & kekerasan stabil tetapi boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan pH atau kandungan mineral dalam air atau tanah.
- pH = Ukuran untuk asid atau alkali air
- pH = juga merujuk kepada kandungan kepekatan ion hidrogen (H+) dalam air yang menentukan skala bacaan pH
- pH adalah ukuran keseimbangan antara Hidrogen (H +) dan hidroksida (OH) ion dalam air.
- Skala pH bernilai dari 0 – 14. Seperti yang kita tahu, nilai pH 7.0 bererti bahwa pH air nuteral, dengan pembacaan 0 – 6.9 sebagai berasid dan nilai 7.1 – 14 beralkali.
- pH juga berfungsi sebagai pusat konsentrasi bagi KH dan CO2. Artinya, kita dapat menentukan jumlah CO2 (mg / L atau ppm) dalam air jika kita mengetahui nilai pH dan KH. Dalam pengaplikasiannya, pH akan menunjukkan peningkatan bila kita menambahkan CO2, sedangkan KH tetap stabil.
- Masalah: pH yang rendah, air masam & mengandungi asid yang tinggi.
- Untuk atasi masalah ini gunakan batu kapor untuk meninggikan pH air supaya menjadi 6.5 – 8.5.
- Masalah: pH yang melebihi skala 8 – bersifat alkali.
- Air yang beralkali terlampau tinggi akan menyebabkan kematian ikan.
- Untuk atasi masalah ini tukar air lama dan gantikan dengan air baru.
- Selain dari itu tambahkan sedikit asid asetik atau tawas untuk merendahkan pH air.
- Kekerasan merupakan kandungan ion kalsium ( Ca +) dan magnesium (Mg +) di dalam air.
- Ca & Mg – diperlukan dalam proses biologi LAT (tumbesaran)
- kehilangan sodium & pottasium dari darah LAT – melemahkan fungsi sistem otot, rangsangan lain (nerve)
- Istilah air “Lembut” atau “Keras” merujuk pada GH, diukur dalam degrees of hardness (dH).
- Unit ukuran – mg/l CaCO3.
- Satu dH adalah sekitar 17,5 mg / L bersamaan 1ppm.
- Julat yang sesuai 25 – 100 mg/l
- Kekerasan rendah akan meningkatkan kematian LAT dan mengurangkan kadar penetasan
- Kadar penetasan telor yang di inkubasi pada air kurang dari 10 ppm boleh mencapai 70%
- Julat yang sesuai 25 – 100 mg/lperlu dikekalkan untuk sistem otot, rangsangan (nerve)
- Air boleh dikategori dalam darjah kekerasan berikut:
- Parameter 2dKH-3dKH merujuk kepada nilai minimum untuk mendapatkan pH yang stabil.
- Semakin tinggi nilai KH, semakin stabil air.
- ketika karbon dioksida dilarutkan dalam air, ia menjadi asid karbonat, meningkatkan jumlah asid dan menurunkan pH dalam akuarium. Jumlah karbonat (KH) yang ada di dalam air akan menentukan seberapa jauh pH akan turun.
- Kealkaliniti air – keupayaan air untuk meneutralkan asid tanpa meningkatkan pH air.
- Mengukur kandungan alkali bikarbonat ( HCO3- ), karbonat ( CO3 ) dan hidroksida ( OH- ).
- Penampan CO3- adalah penting dlm sistem ternakan yang dijalankan.
Wednesday, 11 November 2020
NOTA KURSUS : 7
Sistem Penapis Air
Penggunaan air yang di kitar semula, memerlukan satu sistem yang mampu merawat air tercemar dan menampung penambahan/pertukaran air baharu kurang dari 10% ke 15% sehari.
Kompenan rawatan air mesti mampu untuk merawat air yang tercemar disebabkan oleh sisa buangan dan makanan.
4 perkara asas yang perlu ada dalam sistem penapis air LAT.
- Menyingkir Ammonia
- Menghilangkan Bau
- Menjernihkan Air
- Memastikan kandungan mineral/kimia terlarut dalam air sentiasa mencukupi
5 kompenan asas yang perlu ada dalam sistem penapis air LAT.
- Coral (batu karang yang telah dirawat dengan air tawar) utk mineral terlarut
- Active Carbon = untuk hilangkan bau dan ammonia
- Bio Ball = memerangkap microb
- Bio Filter (span) = memerangkap kotoran
- Daun Ketapang (di letakkan di dalam tangki ternakan) = menurunkan PH dan menyingkirkan asid merbahaya.
- MEMBANTU DAN MENGEKALKAN OTOT, SARAF DAN DALAMAN YANG SIHAT.
- MENGATUR TEKANAN OSMOSIS DALAM TUBUH DAN MENGHASILKAN PELBAGAI ENZIM.
- MENGEKALKAN, MENGERAS, MELINDUNGI, DAN MENGAWAL TULANG DAN PROSES
- FISIOLOGI DALAM BADAN.
- SEBAGAI PEMANGKIN BAGI PELBAGAI PROSES BIOKIMIA YANG BERLAKU DI DALAM BADAN.
- PENGUNCUPAN DAN TINDAK BALAS OTOT TERHADAP SARAF.
- PEMBENTUKAN STRUKTUR TISU LEMBUT DAN KERAS, DALAM KERJA SISTEM ENZIM.
- MEMBANTU DALAM PENGELUARAN ANTIBODI.
- MENGEKALKAN KESEIMBANGAN AIR DAN ASAS ASID DALAM AIR DAN BADAN.
- SUSUN KERANGKA BADAN, OTOT, DAN GIGI.
- SEBAGAI PENGAKTIF YANG MEMPUNYAI PERANAN DALAM ENZIM DAN HORMON.
- MENGEKALKAN KESIHATAN TULANG, OTOT/SARAF.
- PERANAN PENTING DALAM PROSES PEMBINAAN SEL
- MENGANGKUT OKSIGEN KE SELURUH BADAN.
- NATRIUM YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN KERACUNAN.
- KELEBIHAN KLORIN BOLEH MENYEBABKAN MUNTAH.
- KALSIUM YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN BATU GINJAL.
- FOSFORUS YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SAWAN.
- SULFUR BERLEBIHAN AKAN MENGHALANG PROSES PERTUMBUHAN.
- Mempercepatkan proses MOLTING dan PEMBIAKAN pada udang lobster (LAT)
- Membekalkan larutan oksigen untuk mengurangkan risiko udang berpenyakit dan kematian.
- Menggalakkan air yang bersih, sihat dan mengurangkan penggunaan air.
- Berupaya menyingkirkan toksik ammonia, fosforus dan sebatian lain yang tidak diingini daripada air (recirculating)
- Mengandungi probiotik, makro, mikro nutrien, zat dalam larutan air dan sesuai untuk digunakan.
- Menyerap bakteria, pepejal terampai, bahan-bahan buangan dan kotoran.
- Menstabilkan paras pH air dan ammonia.
- Tak perlu hapuskan klorin sekiranya anda menggunakan punca air klorin dengan anti klorin dalam air ternakan.
- Masukan TCDO2 ke dalam tangki simpanan tersebut dengan sukatan sebanyak:100- 200 ml / 1000 liter air. atau 10-20 ml / 100 liter air.
- Gunakan water pump/bubble/kacau sehingga ianya larut.
- Uji air rawatan/stok tersebut dengan menggunakan pH meter dan pastikan ianya mencapai tahap antara 7.0 - 8.5 bersamaan bacaan TDS antara 300 - 500 ppm (max 1000 ppm)
- Pastikan air rawatan/stok simpanan disahkan selamat dengan bacaan parameter tesebut dan ianya sesuai untuk disalurkan bagi kegunaan tangki ternakan, pembenihan asuhan ikan dan LAT.
- TDO2 juga sesuai untuk keggunaan terus pada air ternakan LAT dan Ikan. Pastikan air ternakan mengikuti tahap bacaan TDS antara 300-500 ppm dan maxima 1000 ppm.
- Punca air dibawah bacaan 300ppm/pH 6 ke bawah perlu dibuat rawatan air dgn TCDO2 di dalam tangki stok sehingga mencapai bacaan 300-500/max 1000 ppm sebelum di salurkan ke tangki ternakan/pembenihan.
- Punca air bacaan 300ppm/pH 7 keatas sesuai di titiskan TCDO2 ke dalam tank akuarium untuk mencapai paras bacaan yg sesuai antara 300-500/max 1000 ppm.
- Hanya titiskan kedalam air dengan sedikit warna kekeruhan. Sekiranya tidak mencapai bacaan antara 300-500/max 1000 ppm, anda perlu menambahkan sedikit garam untuk mencapai bacaan tersebut.
- Air ternakan tidak perlu ditukar, hanya perlu disedut keluar sisa kotoran didasar tank akuarium dan tambahkan air dengan TCDO2 ke paras ketinggian sediada.
NOTA KURSUS : 6
Wednesday, 28 October 2020
Tuesday, 20 October 2020
NOTA KURSUS : 5
PERMASALAHAN
Kawasan ternakan yang luas.
Sumber bekalan benih yang mencukupi.
Sumber air yang mencukupi dan berkualiti.
PENYEDIAAN KOLAM TANAH
Rekabentuk bagi kolam ternakan LAT secara umumnya adalah sama seperti mana-mana bentuk kolam ternakan akuakultur yang lain.
Bagi kolam tanah, tebing kolam seeloknya mesti lah dalam kedudukan sedikit landai (slop) tidak terlampau tegak, ini akan memudahkan LAT mencari makanan/mangsa di tebing kolam di waktu malam.
Kolam tanah perlu dikapur terlebih dahulu sebelum digunapakai. kapur yang digunakan adalah dari jenis kapor abu panas dan kapor Dolomite.
Biak kan tumbuhan air seperti hydrilla atau kiambang terlebih dahulu sebelum benih dimasukkan ke dalam kolam. langkah penyediaan sumber makanan hidup untuk ternakan LAT adalah LANGKAH YANG AMAT PENTING dalam ternakan kolam tanah.
Bentuk sistem ternakan terbahagi kepada 2 bentuk:
1- KAEDAH STATIK
TIADA ALIRAN AIR KELUAR DAN MASUK. kolam yang menggunakan kaedah statik ini mengaplikasikan kaedah 'Close System Water Treatment'
Penggunaan Probiotik adalah MANDATORI. tujuan aplikasi ini adalah untuk mengawal kualiti air dan juga mewujudkan sumber makanan hidup (fitoplanton/zooplanton)
Penggunaan pam udara diperlukan bagi memastikan kandungan DO sentiasa mencukupi.
Pemeriksaan kualiti air dan tumbuhbesar LAT perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kandungan probiotik sentiasa cukup dalam air ternakan dan tidak merencatkan proses pembesaran udang.
2- KAEDAH 'FREE FLOW'
Aliran air masuk ke kolam asuhan dipastikan sentiasa ada (24 jam) dan nisbah air yang masuk cukup sekadar 60 liter/minit. Aliran air keluar juga dipastikan lancar 24 jam tanpa gangguan.
kaedah yang digunapakai ini biasanya membabitkan sumber air bukit yang dialirkan secara graviti ke kolam ternakan dan sumber air telah di pastikan selamat 100% dari sebarang pencemaran baik semulajadi mahupun pencemaran dari kegiatan ekonomi setempat.
sumber mineral perlu dipastikan cukup dibekalkan pada ternakan LAT dengan memastikan makanan rumusan yang diberi menepati keperluan semasa LAT. kebergantungan sumber mineral pada makanan rumusan adalah amat tinggi, maka menjadi tanggungjawab penternak mencari dan membekalkan bahan yang berkualiti.
Kedalaman air bagi kolam tanah adalah bergantung kepada cuaca di sesuatu tempat, suhu di dasar kolam mesti mampu dikawal dalam sebarang keadaan cuaca.
Bagi menjaga kualiti air kolam, kaedah aliran air keluar (‘overflow’) yang praktikal adalah cara kaedah pembuangan dasar.
Teknik Ternakan Kovensional
Saiz benih LAT yang dilepaskan di dalam kolam ternakan akan menentukan tempoh tuaian. Semakin kecil saiznya, semakin panjang tempoh ternakan.
Setiap kali sebelum memasukkan benih ke kolam ternakan, pastikan kualiti air kolam memuaskan. Walaupun kaedah ‘Free Flow’ digunapakai.
Sumber makanan semulajadi seperti tumbuhan air telah tersedia.
Pemberian makanan rumusan mencukupi dan lengkap.
Kandungan DO terlarut di dalam kolam mencukupi
Teknik tuaian yang cekap dan tidak mendatangkan tekanan kepada LAT.
Saiz dan Kuantiti Kolam
Dalam ternakan kolam tanah secara kovensional (cara biase biase aje) saiz kolam adalah tidak penting, cukup sekadar 20 kaki x 10 kaki sudah memadai ( nak kecil dari ini pun boleh) tetapi kuantiti yang diperlukan adalah minimum 2 buah kolam. ikuti langkah langkah dibawah ini.
Langkah 1: Sediakan 2 kolam tanah pastikan telah dirawat dengan kapor abu panas dan telah cukup kering.
Langkah 2: masukkan air sekitar 1 kaki dan biakkan hydrilla di dalam kedua dua kolam tersebut, langkah ini perlu dibuat di luar musim hujan kerana peringkat awal tananam hydrilla ianya memerlukan cahaya matahari yang cukup. pastikan kedua kolam menggunakan kaedah 'free flow' jika tidak dapat, pasangkan blower di kolam. proses pembiakan hydrilla ini ambil masa 2 ke 4 minggu.
setelah 2 minggu air dimasukkan ke dalam kolam, lepaskan IKAN SEPAT (jangan ikan lain. SEPAT SAHAJA, tak kira la sepat ronggeng ke siam ke avatar ke janji SEPAT) ikan sepat ini akan bertindak sebagai agen bio sekuiriti menghapuskan anak pepatung yang merupakan PEMANGSA UTAMA benih LAT. kuantiti sepat tu ikut suka hati.
setelah 3 ke 4 minggu dan tumbuhan hydrilla telah berkembang biak dengan baik. tambah kedalaman air kolam ke 2 kaki atau 3 kaki.
Langkah 3: lepaskan benih LAT berukuran 2 inci ke 3 inci ( 200 ekor ke 1000 ekor, bergantung pada sazi kolam) ke dalam satu sahaja kolam ternakan. kolam yang no.2 biarkan KOSONG tanpa seekor pun LAT dilepaskan disitu. biarkan sehingga 3 bulan.
Langkah 4: selepas tempoh 3 bulan udang dilepaskan di kolam no.1, boleh sudah dipasangkan BUBU NAGA untuk memerangkap LAT yang ada didalam kolam tersebut. bubu perlu dipasang pada lewat petang dan di ambil keluar keesokkan pagi.
jika ada LAT bertelur termasuk di dalam bubu, masukkan LAT tersebut ke dalam kolam no.2 yang kosong itu, begitu juga jika ada bibit yang dibawah saiz 1 inci, kumpulkan semuanya di dalam kolam no.2. manakala saiz atas 4 inci yang diperolehi boleh la dijual atau di makan.
Langkah 5: tuai LAT di kolam no.1 sampai habis dan mana mana saiz yg kecil dan bertelur masukkan ke kolam no.2. setelah kolam no.1 habis dituai. buang air sampai kering dan rawat dengan kapor. serta ulang Langkah 1 sampai no.3
Langkah 6. asuh kolam no.2 sampai 2 ke 3 bulan. tuai hasilnya dan ulang langkah no.4 dan Langkah no.5
begitulah seterusnya sampai bila bila.
Sunday, 11 October 2020
Friday, 9 October 2020
NOTA KURSUS : 4
PENGELUARAN BENIH SECARA KOVENSIONAL
Menternak LAT dengan suatu kaedah bersistem bagi mendapatkan bekalan anak benih secara konsisten.
Mampu menghasilkan benih yang berkualiti bersesuai dengan keperluan kolam ternakan.
Dibekalkan dalam keadaan hidup dalam pelbagai saiz/umur.