Wednesday, 28 October 2020

 

                                 Perbezaan Rostrum (rabung) antara Spesis Cherax





                                           Kepelbagaian Spesis LAT Australia





                                                       LAT Papua New Guine




Tuesday, 20 October 2020

 NOTA KURSUS : 5








PENGELUARAN KOLAM TANAH

Menternak LAT dalam tempoh tertentu bagi mendapatkan satu saiz dan berat yang sesuai dibekalkan ke restoran atau mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.

Mampu memenuhi pesanan tanpa terputus bekalan.

Dibekalkan dalam keadaan hidup dan sejuk beku.



PERMASALAHAN 

Kawasan ternakan yang luas.

Sumber bekalan benih yang mencukupi.

Sumber air yang mencukupi dan berkualiti.



PENYEDIAAN KOLAM TANAH

Rekabentuk bagi kolam ternakan LAT secara umumnya adalah sama seperti mana-mana bentuk kolam ternakan akuakultur yang lain.

Bagi kolam tanah, tebing kolam seeloknya mesti lah dalam kedudukan sedikit landai (slop) tidak terlampau tegak, ini akan memudahkan LAT mencari makanan/mangsa di tebing kolam di waktu malam.

Kolam tanah perlu dikapur terlebih dahulu sebelum digunapakai. kapur yang digunakan adalah dari jenis kapor abu panas dan kapor Dolomite.

Biak kan tumbuhan air seperti hydrilla atau kiambang terlebih dahulu sebelum benih dimasukkan ke dalam kolam. langkah penyediaan sumber makanan hidup untuk ternakan LAT adalah LANGKAH YANG AMAT PENTING dalam ternakan kolam tanah.


Bentuk sistem ternakan terbahagi kepada 2 bentuk:

1- KAEDAH STATIK

TIADA ALIRAN AIR KELUAR DAN MASUK.  kolam yang menggunakan kaedah statik ini mengaplikasikan kaedah 'Close System Water Treatment'

Penggunaan Probiotik adalah MANDATORI. tujuan aplikasi ini adalah untuk mengawal kualiti air dan juga mewujudkan sumber makanan hidup (fitoplanton/zooplanton) 

Penggunaan pam udara diperlukan bagi memastikan kandungan DO sentiasa mencukupi. 

Pemeriksaan kualiti air dan tumbuhbesar LAT perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kandungan probiotik sentiasa cukup dalam air ternakan dan tidak merencatkan proses pembesaran udang.

2- KAEDAH 'FREE FLOW'

Aliran air masuk ke kolam asuhan dipastikan sentiasa ada (24 jam) dan nisbah air yang masuk cukup sekadar 60 liter/minit. Aliran air keluar juga dipastikan lancar 24 jam tanpa gangguan.

kaedah yang digunapakai ini biasanya membabitkan sumber air bukit yang dialirkan secara graviti ke kolam ternakan dan sumber air telah di pastikan selamat 100% dari sebarang pencemaran baik semulajadi mahupun pencemaran dari kegiatan ekonomi setempat.

sumber mineral perlu dipastikan cukup dibekalkan pada ternakan LAT dengan memastikan makanan rumusan yang diberi menepati keperluan semasa LAT. kebergantungan sumber mineral pada makanan rumusan adalah amat tinggi, maka menjadi tanggungjawab penternak mencari dan membekalkan bahan yang berkualiti.

Kedalaman air bagi kolam tanah adalah bergantung kepada cuaca di sesuatu tempat, suhu di dasar kolam mesti mampu dikawal dalam sebarang keadaan cuaca.

Bagi menjaga kualiti air kolam, kaedah aliran air keluar (‘overflow’) yang praktikal adalah cara kaedah pembuangan dasar.


Teknik Ternakan Kovensional

Saiz benih LAT yang dilepaskan di dalam kolam ternakan akan menentukan tempoh tuaian. Semakin kecil saiznya, semakin panjang tempoh ternakan. 

Setiap kali sebelum memasukkan benih ke kolam ternakan, pastikan kualiti air kolam memuaskan. Walaupun kaedah ‘Free Flow’ digunapakai.

Sumber makanan semulajadi seperti tumbuhan air telah tersedia.

Pemberian makanan rumusan mencukupi dan lengkap.

Kandungan DO terlarut di dalam kolam mencukupi 

Teknik tuaian yang cekap dan tidak mendatangkan tekanan kepada LAT.


Saiz  dan Kuantiti Kolam

Dalam ternakan kolam tanah secara kovensional (cara biase biase aje) saiz kolam adalah tidak penting, cukup sekadar 20 kaki x 10 kaki sudah memadai ( nak kecil dari ini pun boleh) tetapi kuantiti yang diperlukan adalah minimum 2 buah kolam. ikuti langkah langkah dibawah ini.

Langkah 1: Sediakan 2 kolam tanah pastikan telah dirawat dengan kapor abu panas dan telah cukup kering.

Langkah 2: masukkan air sekitar 1 kaki dan biakkan hydrilla di dalam kedua dua kolam tersebut, langkah ini perlu dibuat di luar musim hujan kerana peringkat awal tananam hydrilla ianya memerlukan cahaya matahari yang cukup. pastikan kedua kolam menggunakan kaedah 'free flow' jika tidak dapat, pasangkan blower di kolam. proses pembiakan hydrilla ini ambil masa 2 ke 4 minggu. 

setelah 2 minggu air dimasukkan ke dalam kolam, lepaskan IKAN SEPAT (jangan ikan lain. SEPAT SAHAJA, tak kira la sepat ronggeng ke siam ke avatar ke janji SEPAT) ikan sepat ini akan bertindak sebagai agen bio sekuiriti menghapuskan anak pepatung yang merupakan PEMANGSA UTAMA benih LAT.  kuantiti sepat tu ikut suka hati. 

setelah 3 ke 4 minggu dan tumbuhan hydrilla telah berkembang biak dengan baik. tambah kedalaman air kolam ke 2 kaki atau 3 kaki. 

Langkah 3: lepaskan benih LAT berukuran 2 inci ke 3 inci ( 200 ekor ke 1000 ekor, bergantung pada sazi kolam) ke dalam satu sahaja kolam ternakan. kolam yang no.2 biarkan KOSONG tanpa seekor pun LAT dilepaskan disitu. biarkan sehingga 3 bulan.

Langkah 4: selepas tempoh 3 bulan udang dilepaskan di kolam no.1, boleh sudah dipasangkan BUBU NAGA untuk memerangkap LAT yang ada didalam kolam tersebut. bubu perlu dipasang pada lewat petang dan di ambil keluar keesokkan pagi. 

jika ada LAT bertelur termasuk di dalam bubu, masukkan LAT tersebut ke dalam kolam no.2 yang kosong itu, begitu juga jika ada bibit yang dibawah saiz 1 inci, kumpulkan semuanya di dalam kolam no.2. manakala saiz atas 4 inci yang diperolehi boleh la dijual atau di makan.

Langkah 5: tuai LAT di kolam no.1 sampai habis dan mana mana saiz yg kecil dan bertelur masukkan ke kolam no.2. setelah kolam no.1 habis dituai. buang air sampai kering dan rawat dengan kapor. serta ulang Langkah 1 sampai no.3

Langkah 6. asuh kolam no.2 sampai 2 ke 3 bulan. tuai hasilnya dan ulang langkah no.4 dan Langkah no.5

begitulah seterusnya sampai bila bila.


















Sunday, 11 October 2020

Friday, 9 October 2020

KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR OGOS 2008 PPA PERLOK, JERANTUT PAHANG





video dari pelawat yang datang ke farm kami di kiulu.  video dah lama ni hehehehehe



 

 NOTA KURSUS : 4


PENGELUARAN BENIH SECARA KOVENSIONAL

Menternak LAT dengan suatu kaedah bersistem bagi mendapatkan bekalan anak benih secara konsisten.

Mampu menghasilkan benih yang berkualiti bersesuai dengan keperluan kolam ternakan.

Dibekalkan dalam keadaan hidup dalam pelbagai saiz/umur.


PERMASALAHAN 

Kesukaran mendapatkan stok induk yang berkualiti.

Memerlukan kawasan ternakan yang luas atau kuantiti tangki yang besar.



SOP HATCHERI




PENYEDIAAN PEMBENIHAN

Tidak memerlukan peralatan khusus dan canggih, tetapi memerlukan satu sistem rawatan air yang sempurna. Kaedah ‘Free Flow’ tidak boleh diamalkan.

Brood Stock atau induk yang ingin digunapakai WAJIB dari kelompok F1 atau F2 yang berlainan (berlainan generasi). Internel Breeding di larang samas ekali.

Proses pemijahan memerlukan satu lokasi yang tidak terganggu dan mudah dipantau, tidak praktikal menggunakan kolam tanah kecuali anda menggunakan kaedah Lepas Tinggal Tuai.

Suhu air didalam tangki pemijahan dan penetasan perlu stabil dan mempunyai jumlah DO yang mencukupi.

Memerlukan sumber makanan yang tinggi protein dan karbohidrat 

Kandungan mineral di dalam air tangki pemijahan dan penetasan antara 200ppm ke 400ppm.




Teknik Pembenihan Kovensional


LAT yang berusia dari umur 6 ~ 12 bulan (5~8 inci) adalah yang paling sesuai untuk dijadikan induk. kurang dari 4 inci tidak sesuai dijadikan induk.

Saiz induk jantan dan betina mestilah seimbang, saiz induk betina tidak boleh melebihi saiz induk jantan

Induk jantan dan betina harus dipisahkan sekurang kurangnya 2 minggu dari tarikh pemijahan

Tempoh pemijahan adalah selama 2 minggu dan nisbah induk jantan betina yang dicadangkan 1:3 @ 2:7 @ 3:9

Elakkan sebarang gangguan di tangki sepanjang tempoh pemijahan tersebut

Induk betina yang sudah bertelur harus diasingkan di dalam bekas yang gelap. satu bekas satu induk

LAT betina mampu menghasilkan telur sebanyak 100 ~ 1000 biji, bergantung kepada umur dan saiz badan.

Secara purata 10 biji telur bersamaan dengan 1 gram dan 30% darinya akan gagal bertahan sehingga menetas.

Telur akan di eram selama 40 ~ 47 hari

Suhu air yang optimum adalah 28°C ~ 29°C, dan dengan takat suhu begini, tempoh penetasan kebiasaanya dalam masa 35 ~ 40 hari

Makin rendah suhu air tangki, akan makin panjang tempoh masa menetas telur tersebut

Contoh anggaran jumlah telur:

Berat induk betina 85gram mampu menghasilkan telur sebanyak 600 biji.

# Rujuk Gambarajah di Bawah 




Perubahan Warna Telur 










Thursday, 8 October 2020

NOTA KURSUS : 3

KONSEP / JENIS TERNAKAN LAT














TERNAKAN MICRO

Sesuai untuk mereka yang baru menceburi bidang ternakan LAT.

Kaedah ternakan yang ringkas, mudah dan tertutup.

Modal yang rendah dan mudah dipelajari.

Set ternakan yang sesuai untuk belajar memahirkan diri dalam teknik rawatan air dan penjagaan ternakan.

Mampu menghasilkan LAT untuk tujuan hiasan dan penghasilan anak benih namun terhad pada jumlah dan saiz ukuran. 


 PERMASALAHAN DALAM SISTEM MICRO

Kawasan ternakan yang terhad

Sukar menghasilkan benih atau LAT secara konsisten 

Tempoh masa ternakan yang panjang

Kos operasi yang tinggi dan sukar untuk mendapat pulangan


 CADANGAN BENTUK PERNIAGAAN YANG BOLEH DILAKUKAN 

Menghasilkan dan membekal benih/rega namun terhad dibawah saiz 2 inci

Membekalkan anak benih LAT untuk tujuan Hiasan/Akuarium


bersambung.....