Thursday, 31 December 2020

How do baby dragonflies hunt

Clik link di bawah untuk video. 

Friday, 18 December 2020

 EM 4


EM-4 DALAM PERIKANAN dan CARA PEMBUATANNYA

Produk EM-4 untuk Perikanan merupakan kultur EM dalam bentuk cecair berguna untuk meningkatkan bakteri pengurai bahan organik, mengalakkan pertumbuhan bakteri pathogen, menstimulasi enzim pencernaan dan meningkatkan kualiti air kolam ternakan.

 

Manfaat EM-4 Perikanan

  • Meningkatkan imulasi dan sistem pertahanan tubuh ikan/udang 
  • Meningkatkan pertumbuhan dan saiz ikan/udang 
  • Keupayaan dalam mengekalkan kualiti air kolam ternakan
  • Memfermentasi sisa makanan dan kotoran di dasar kolam
  • Meningkatkan oksigen terlarut (DO) dan air menjadi bersih sehingga tidak diperlukan penggantian air berulang-ulang.
  • Menguraikan gas-gas amonia, metana dan hydrogen sulfide.



KAEDAH 1

Cara Membuat EM4: Bahan bahan

- Susu lembu / kambing 2 liter
- Isi perut (sisa makanan) kambing atau lembu secukupnya (anggaran dalam 1kg)
- Gula pasir 1 kg
- Beras hancur (rice bran) 1 kg
- Nenas 1 biji
- Belacan ½ kg
- Air bersih 10 liter
- Periuk
- Pengisar


Cara Membuat
  • kisar buah nanas dengan mengunakan pengisar. Campur dan adun hingga sebati   bersama gula pasir, beras hancur, belacan dan air bersih di dalam periuk. Masak sampai mendidih, lalu biarkan adunan tersebut sejuk.
  • Tambahkan susu lembu dan isi perut kambing, gaul hingga sekata.
  • Tutup periuk rapat-rapat hingga 12 jam atau satu hari.
  • Sedia untuk digunakan dengan nisbah 1 liter EM4 untuk 1000 liter air kolam.

Belacan, gula pasir, beras hancur, nenas (yang dihaluskan dengan blender) dimasak agar bakteria lain yang tidak diperlukan mati. Setelah mendidih, hasil adunannya disejukkan.kemudian ditambahkan susu, isi usus ayam atau kambing atau lembu dan ditutup rapat. Setelah 12 jam timbul gelembung-gelembung udara. Bila adunan tersebut sudah siap, cairan di dalamnya akan menjadi pekat.. Perlu diperhatikan susu jangan menggunakan yang sudah basi karena kemampuan bakteria sudah berkurang. Sedangkan kegunaan nenas adalah untuk menghilangkan bau hasil proses bakteria.



KAEDAH 2 : 

Membuat EM4 dengan bahan Tumbuhan (Terbaik Untuk Ternakan Lobster Air Tawar / Udang)

Bahan-bahan:
  • Sisa sayuran, terutama sisa sayuran kekacang 1kg ( seeloknya yang mengandungi kadar tinggi kalsium )
  • Kulit buah-buahan 1kg (betik, pisang, rambutan, mangga, dsb.) Beras hancur 1kg
  • Gula merah 300 gram
  • Air beras, 5 liter

Cara membuat:

1. Sisa sayur, kulit buah-buahan dan beras hancur dicampurkan dan digaul rata di dalam baldi. Tutup rapat dan sesekali digaul rata, biarkan selama satu minggu sampai timbul bau masam manis. Asingkan cairan yang terhasil di dalam bekas bersih. (Peringkat Pertama)
2. Cairan peringkat pertama tadi dicampur dengan sisa sayuran,kulit buah buahan, beras hancur dan gula merah dengan kuantiti yang sama pada pembuatan kali pertama. Kemudian didiamkan lagi selama satu minggu. Selepas seminggu asingkan cairan dan simpan didalam bekas bersih. (Peringkat ke 2)
3. Cecair ini dicampurkan dengan beras hancur 1kg, gula merah 300 gram dan air beras 5 liter. Dan didiamkan lagi selama dua minggu (peringkat ke 3).



Kaedah 3 : 

Membuat EM4 dengan Sayuran/buahan

BAHAN:
  • Betik matang atau kulitnya 500gram
  • Pisang matang atau kulitnya 500gram
  • Nenas matang atau kulitnya 500gram
  • Kacang panjang segar 250gram
  • Kangkung air segar 250gram
  • Batang pisang muda bahagian dalam 1.5 kg
  • Gula pasir 1 kg
  • Air nira 500 ml


CARA PEMBUATAN:

1. Betik, pisang, nanas, kacang panjang, kangkung dan batang pisang muda diracik hingga menjadi agak halus. Buah harus yang sudah matang atau dapat juga digunakan kulit buah yang tidak dimakan.
2. Setelah dihancurkan, campuran bahan tersebut dimasukkan dalam bekas/baldi bertutup.
3. Campurkan gula pasir dan air nira dalam baldi tadi dan gaul hingga rata.
4. Baldi ditutup rapat dan disimpan selama 7 hari
5. Setelah 7 hari larutan yang dihasilkan dikumpulkan secara bertahap setiap hari hingga habis.
6. Larutan tersebut disaring dan dimasukkan kedalam botol yang tertutup rapat. Larutan tersebut adalah EM4 yang siap digunakan dan dapat bertahan hingga 6 bulan.
7. Hampas dari hasil penyaringan larutan boleh digunakan sebagai baja kompos.


Kaedah ke-4

Bahan – bahan :
  • Air cucian beras 5 liter
  • Air kelapa 5 liter
  • Cincangan halus sisa sayuran 3 kg
  • 3-5 biji limau mandarin/lemon,ambil kulitnya sahaja.
  • Ragi 1 biji
  • Gula Merah = 1 kg

Cara Pembuatan :

Semua bahan dicampur dan di adun rata. Tutup rapat dengan selang setiap 4 hari tutup dibuka untuk mengeluarkan gas. Pada hari ke -17 EM4 sudah jadi.

 NOTA KURSUS : 8



PENGENALAN

  • Air merupakan medium untuk hidupan akuatik
  • Kualiti air yang baik merupakan salah satu faktor penting untuk menjayakan projek akuakultur
  • Kualiti air dalam kolam sentiasa berubah disebabkan oleh faktor persekitaran
  • Kualiti air boleh dibahagikan kepada tiga ciri iaitu fizikal, biologi dan kimia
  • Unsur Kimia di dalam air adalah salah satu perkara yang sering diabaikan atau sering disalah fahami. 
  • pH adalah unsur kimia yang paling dipantau dan dikenali fungsinya oleh ramai penternak berbanding GH/KH dan dH
  • Kadar Ammonia akan meningkat jika suhu dan pH meningkat.
  • Jika pH naik satu unit, NH akan meningkat 10 kali ganda
  • pH tanah dan pH air mesti dalam kadar Alkali 



CIRI-CIRI KIMIA

Merujuk kepada parameter kualiti air yang penting dalam akuakultur:

  • Oksigen terlarut (DO)
  • Suhu air
  • Ammonia
  • pH
  • Karbon dioksida (CO2)
  • Alkaliniti
  • Kekerasan (hardness)





1. OKSIGEN TERLARUT (DO)

  • Paling kritikal dalam akuakultur.
  • Sangat dipengaruhi oleh suhu air, kadar kepadatan, kemasinan, BOD, dan kepadatan tumbuhan akuatik.
  • Sumber DO adalah dari taburan udara ke dalam air, pengudaraan mekanikal seperti angin atau alat pengudaraan & proses fotosintesis oleh tumbuhan akuatik.






  KESAN DO RENDAH

  • ‘Stress’.
  • Penyakit.
  • Kecekapan penukaran makanan lemah.
  • Kadar tumbesaran lambat.
  • Kematian.
  • DO boleh dipertingkatkan dengan menggunakan alat pengudaraan, masuk air baru @ kurangkan kadar makanan.



. 2. SUHU AIR

  • LAT merupakan haiwan berdarah sejuk dan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitarannya.
  • Beri kesan ke atas aktiviti harian, pergerakan, pemakanan, tumbesaran & pembiakan kepada semua jenis hidupan air.
  • Perubahan suhu yang mendadak akan menyebabkan kematian LAT.
  • Malaysia mempunyai suhu air diantara 26°- 30° celcius. Suhu yang sesuai untuk LAT.
  • Suhu air juga merupakan faktor yang penting dalam pembiakan spesis tertentu.
  • Kadar metabolik akan meningkat 10 kali ganda bagi setiap peningkatan suhu sebanyak 1ยบ C.


3. AMMONIA

  • Dari protein yang tidak dihadam oleh LAT
  • Dibebaskan melalui insang & bahan buangan
  • Jumlah bergantung kepada jumlah makanan & kandungan protein
  • Meningkat jika kadar makanan ditambah
  • Punca lain-aktiviti bakteria pengurai yang mengurai sisa organik seperti lebihan makanan, tumbuhan akuatik & alga yang telah mati
  • Kadar ammonia toksik  NAIK jika suhu & Ph NAIK
  • Jika pH NAIK satu unit, ammonia toksik akan 10 kali ganda NAIK
  • Terdapat 2 bentuk ammonia.
  1. Ammonia terion ( ionized ammonia ) – kurang toksid
  2. Ammonia tidak terion ( unionized ammonia ) – toksid
  • Ammonia yg toksid boleh ditukar kpd bentuk tidak toksid spt nitrat melalui proses biologi.
  • Nitrat adalah bahan baja yg menyumbang unsur nitrogen.

           NH3 ------- nitromonas-----> NO2- -------> NO3
  • Paras ammonia yg sesuai untuk ikan & udang ialah 0.0125 mg/l.


KESAN AMMONIA

  • Tahap bahaya yang boleh menyebabkan kematian LAT dalam beberapa hari adalah 0.6 mg/l
  • Jika LAT terdedah kepada 0.06 mg/l NH3,  insang & ginjal akan rosak, tumbesaran terbantut, otak tidak berfungsi & pengurangan kapasiti pembawa oksigen dalam tubuh badan


CARA RAWATAN

  • Meningkatkan kadar oksigen dengan pengudaraan dapat mengurangkan kesan ammonia toksik.
  • Mengurangkan kadar pemberian makanan dalam tempoh sementara.
  • Mengantikan 1/3 hingga ½  dari jumlah air kolam/tangki.
  • Ammonia yang berlebihan ini boleh dikurangkan dengan penggunaan EM


*Nitrite dan Nitrate terhasil dari kandungan Amonia yang tidak dikawal.





HUBUNGAN ANTARA CO2, pH, ALKALINITI & KEKERASAN (HARDNESS)

  • Beri kesan kepada:
  1. Produktiviti sistem
  2. Paras ‘stress’ & kesihatan ikan
  3. Kedapatan oksigen
  4. Ammonia
  • CO2 & pH berubah setiap hari.
  • ketika karbon dioksida dilarutkan dalam air, ia menjadi asid karbonat, meningkatkan jumlah asid dan menurunkan pH dalam akuarium. Jumlah karbonat (KH) yang ada di dalam air akan menentukan seberapa jauh pH akan turun.
  • Alkaliniti & kekerasan stabil tetapi boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan pH atau kandungan mineral dalam air atau tanah.


4. pH (Per Hidrogen)

  • pH = Ukuran untuk asid atau alkali air
  • pH = juga merujuk kepada kandungan kepekatan ion hidrogen (H+) dalam air yang menentukan skala bacaan pH
  • pH adalah ukuran keseimbangan antara  Hidrogen (H +) dan hidroksida (OH) ion dalam air. 
  • Skala pH bernilai dari 0 – 14.  Seperti yang kita  tahu, nilai pH 7.0 bererti bahwa pH air nuteral, dengan pembacaan 0 – 6.9 sebagai berasid dan nilai 7.1 – 14  beralkali.
  • pH juga berfungsi sebagai pusat konsentrasi bagi KH dan CO2.  Artinya, kita dapat menentukan jumlah CO2 (mg / L atau ppm) dalam air jika kita mengetahui nilai pH dan KH.  Dalam pengaplikasiannya, pH akan menunjukkan peningkatan bila kita menambahkan CO2, sedangkan KH tetap stabil.


Cara Rawatan: 

  • Masalah: pH yang rendah, air masam & mengandungi asid yang tinggi.
  • Untuk atasi masalah ini gunakan batu kapor untuk meninggikan pH air supaya menjadi 6.5 – 8.5.
  • Masalah: pH yang melebihi skala 8 – bersifat alkali.
  • Air yang beralkali terlampau tinggi akan menyebabkan kematian ikan.
  • Untuk atasi masalah ini tukar air lama dan gantikan dengan air baru.
  • Selain dari itu tambahkan sedikit asid asetik atau tawas untuk merendahkan pH air.






5. KEKERASAN (HARDNESS)

PERANAN KEKERASAN   :  GH ( General Hardness )
  • Kekerasan merupakan kandungan ion kalsium ( Ca +) dan magnesium (Mg +) di dalam air.
  • Ca & Mg – diperlukan dalam proses biologi LAT (tumbesaran)
  • kehilangan sodium & pottasium dari darah LAT – melemahkan fungsi sistem otot, rangsangan lain (nerve)
  • Istilah air  “Lembut” atau “Keras” merujuk pada GH, diukur dalam degrees of hardness (dH). 
  • Unit ukuran – mg/l CaCO3.
  • Satu dH adalah sekitar 17,5 mg / L bersamaan 1ppm.
  • Julat yang sesuai 25 – 100 mg/l
  • Kekerasan rendah akan meningkatkan kematian LAT dan mengurangkan kadar penetasan
  • Kadar penetasan telor yang di inkubasi pada air kurang dari 10 ppm boleh mencapai 70%
  • Julat yang sesuai 25 – 100 mg/lperlu dikekalkan untuk sistem otot, rangsangan (nerve)
  • Air boleh dikategori dalam darjah kekerasan berikut:





KH ( Karbonat Hardness )

  • Parameter 2dKH-3dKH merujuk kepada nilai minimum untuk mendapatkan pH yang stabil.
  • Semakin tinggi nilai KH, semakin stabil air.
  • ketika karbon dioksida dilarutkan dalam air, ia menjadi asid karbonat, meningkatkan jumlah asid dan menurunkan pH dalam akuarium. Jumlah karbonat (KH) yang ada di dalam air akan menentukan seberapa jauh pH akan turun.
Secara ringkasnya, Alkaliniti:
  • Kealkaliniti air – keupayaan air untuk meneutralkan asid tanpa meningkatkan pH air.
  • Mengukur kandungan alkali bikarbonat ( HCO3- ), karbonat ( CO3 ) dan hidroksida ( OH- ).
  • Penampan CO3-  adalah penting dlm sistem ternakan yang dijalankan.




                           Cara menaikkan dan menurunkan pH, Gh dan Kh Air