Friday, 30 October 2015



Contoh perangkap LAT, yang mana kaedah ini boleh digunapakai semasa menuai (harvest) dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. cara ianya berfungsi adalah seperti berikut:

- turunkan air kolam sehingga air kolam tinggal sedikit dan letakkan tangki ke dalam kolam, 
- letakkan satu papan/zink yang bertindak sebagai pelantar di bibir tangki
- alirkan air di atas pelantar tadi dan pastikan air di dalam tangki tidak melimpah keluar, pastikan sekurang kurangnya kedalaman air di dalam tangki sesuai dengan jumlah LAT yang hendak dikumpul.
- LAT akan berjalan mengikut aliran air yang turun dari pelantar tadi dan merangkak naik dan terus terjatuh dan berkumpul di dalam tangki.

Kaedah ini perlu dilakukan pada seawal pagi bagi mengelakkan kan LAT mati kepanasan, seeloknya proses membuang air kolam dan pengumpulan ini dilakukan sebaik pada waktu subuh,

Kaedah ini bersesuaian dengan sifat semulajadi LAT yang akan mencari punca air apabila kolam telah kekeringan air, ini memudahkan kerja dan menjimatkan tenaga kerja.




Contoh kolam ternakan LAT yang menggunakan paip pvc di dasarnya sebagai tempat perlindungan.

Contoh kolam ternakan LAT yang menggunakan tayar di dasarnya sebagai tempat perlindungan.

Thursday, 29 October 2015

Kolam Tanah (menternak LAT di dalam kolam tanah)

- Kolam tanah adalah kaedah penternakan yang paling baik dan mampu memberikan hasil yang memuaskan. 

- Tempoh masa ternakan juga lebih singkat berbanding ternakan menggunakan sistem tangki, LAT yang diternak di dalam kolam tanah mampu mencapai saiz 6-7 inci dalam tempoh 4-5 bulan sahaja ( saiz benih ternakan bermula dari 1cm ke 1 inci).

- Saiz kolam terpulang kepada pengusaha dan kadar kepadatan bagi kolam tanah adalah 3 ekor/kaki persegi.

- Kedalaman kolam bergantung kepada lokasi kawasan ternakan, harus diperingati bahawa suhu air MESTI SENTIASA DIBAWAH 30 DARJAH CELCIUS dan suhu yang terbaik adalah 28 darjah celcius. maka faktor ini menentukan kedalaman air.

- SUHU AIR YANG PERLU DIPANTAU ADALAH SUHU DI DASAR KOLAM, BUKAN SUHU AIR DI PERMUKAAN KOLAM.

- Dasar kolam haruslah bertanah bukannya berlumpur, jika dasar kolam terlalu berlumpur, kolam perlulah dirawat menggunakan MUD BALL terlebih dahulu.

- Tebing / dinding kolam seeloknya harus bersudut (slop) bukan tegak 90darjah, kerana sifat LAT mencari makan di gigi air pada sebelah malam. dan sebagusnnya kolam hendaklah di pagar sekelilingnya agar LAT tak berjalan jalan di waktu malam. (LAT adalah dari spesis kaki rewang bila hari dah malam)

- Sistem paip overflow mesti menggunakan Kaedah Pembuangan Dasar.

- Seeloknya di letakkan tumbuhan air seperti pokok kiambang, kangkung atau lain lain tumbuhan air di dalam kolam ternakan.

- Kolam ternakan mesti di letakkan paip PVC (tayar kereta pun boleh) di dasarnya.

- Jangan sesekali menternak LAT di dalam kolam yang menggandungi IKAN TALAPIA atau KELI...cari nahas tu.


bersambung...