Friday, 24 January 2014

LANGKAH PERTAMA



LANGKAH PERTAMA
1.       Sebelum memulakan apa-apa kerja, pastikan tujuan penternakan untuk apa. Adakah untuk penghasilan dan penjualan anak benih atau memasarkan udang dengan saiz untuk makan. Perkara ini penting kerana penyediaan dan jumlah tangki mestilah mencukupi di samping itu permintaan pasaran dan juga saiz pasaran hendaklah dan telah dikaji. Ini semua bertujuan mengelakkan pembaziran masa, wang dan tenaga.

2.       Setelah diputuskan tujuan ternakan. Langkah awal sebelum mengasuh benih atau induk, penyediaan makanan hidup bagi keperluan LAT disediakan terlebih dahulu.

3.       Makanan semula jadi ini terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk, antaranya adalah seperti ikan Guppy, Cacing Sutera (cacing darah/tubefex worm), ulat sayur, cacing tanah dan lain lain lagi. terpulang kepada pengusaha untuk menyediakannya. Tapi bagi syarikat kami, penggunaan Cacing Sutera adalah yang terbaik dan diselang seli dengan sumber protein lain.

                            
                          
                                     ( Cacing Sutera liar yang boleh di dapati di sungai )


4.       Selain sumber makanan yang disebut di atas, penyediaan tanaman air dari jenis submersum dan makroskopik juga penting, tumbuhan ini bertindak sebagai makanan sampingan dan sumber kelangsungan hidup bagi LAT, malah tananam air dari jenis makroskopik amat penting dalam aspek penjagaan dan asuhan anak benih Crayfish.

 
     


5.       Penyediaan makanan semulajadi ini mesti disediakan sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh ternak LAT dilakukan, dan pastikan juga bekalan makanan ini bebas dari sebarang jangkitan bacteria, maka rawatan menggunakan air kunyit, air bawang putih atau EMAS perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

6.       Seelok eloknya elak kan memberi Moina dan Daphnia atau ternakan dari jenis zooplankton kepada LAT. Kerana ini memungkinkan serangan kutu atau hama ke atas LAT. Hama ini biasanya menyerang LAT dewasa dan melekat di bahagian abdomen atau di pangkal kaki belakang, jika dibiarkan ianya akan menyerang saluran pernafasan dan akan mengakibatkan kematian. Kaedah terbaik adalah dengan mengasingkan LAT yang diserang hama dan buang paresit berkenaan secara manual, tiada ubat khusus bagi serangan jenis ini buat masa sekarang.

7.       Sumber makanan buatan pula kebiasaanya dari jenis pallet tenggelam atau dari jenis fish meal yang mengandungi kadar protein sekurang kurangnya 40%.

8.       Selain itu, sisa sayuran dan buah buahan juga boleh dijadikan sumber makanan sampingan, antara jenis sayur buah yang terbaik adalah ubi kentang.